Jumaat, 1 Mei 2009

Tasik Kenyir - Cerita Satu


satu tempat yang telah mempopularkan daerah Hulu Terengganu ialah Tasik Kenyir. Tasik buatan manusia yang terbesar di asia tenggara. mengikut kata-kata member yang ada disini terdapat lebih daripada 300 pulau, 20 air terjun, beberapa gua dan berpuluh-puluh jenis ikan yang terdapat di tasik kenyir. disini juga terdapat penempatan orang-orang zaman batu atau penempatan neolitik di gua bewah dan beberapa gua lain. dikatakan tasik kenyir ini mula dibuat pada tahun 1979 dan siap 2-3 tahun selepasnya dan ianya telah menengelamkan beberapa buah kampung dan juga kubur-kubur yang ada di kampung tersebut.

jika korang peminat alam semula jadi dan juga merupakan kaki pancing, Tasik Kenyir merupakan satu kawasan yang harus dan wajib korang lawati. masa aku mula-mula tengok kenyir dulu perkara pertama yang aku pikirkan ialah bagaimana hutan tebal ini boleh dipenuhi dengan air, berapa lamakan proses penangkungan air dan macam mana binatang-binatang yang ada dalam hutan ini dipindahkan?

baru-baru ini pejabat aku dengan Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan satu program rekreasi yang dinamakan " Riang Ria Di Tasik Kenyir ". Program ini mendapat sambutan mengalakan sehingga terpaksa menyewa 2 house bot. untuk maklumat korang, jika korang tidak mahu berkhemah atau tidur di chalet-chalet yang disediakan, terdapat rumah bot untuk disewa. dalam rumah bot ini ada bilik tidur, tandas, tempat makan, dapur dan juga astro. yang mahal sikit mungkin ada karaoke. yang penting korang bawak bahan-bahan makanan seperti beras, gula, garam, teh/kopi sama gula, ayam sekilo dua dan bahan-bahan untuk korang makan sendiri. house bot hanya menyediakan peralatan asas untuk memasak di dapur mereka.

perjalanan kami ke Taman Negara Terengganu mengambil masa hampir lima jam dari Jeti Pengkalan Gawi. lima jam merupakan satu masa yang lama tuan puan sekalian, macam nak pergi kuala lumpur dari kuala terengganu. perjalanan yang panjang telah digunakan oleh peserta dengan menghayati keindahan alam semula jadi, membaca suratkhabar, bermain terup, memasang peralatan memancing dan memakan kuaci.jika korang adalah pembaca buku, inilah masa yang sesuai untuk membaca buku. anda boleh membaca buku dengan tenang dalam suasana yang aman damai dengan kandungan oksiden yang bersih lagi nyaman.

sebelum masuk ke Taman Negara Terengganu, terdapat satu kawasan macam transit ke taman negara. semua bot-bot dan house bot akan berhenti disitu untuk diperiksa bot-bot mereka oleh Pegawai Perhilitan. setiap joran akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 satu joran kalau tak silap aku. segala jenis pukat, senapang, bom ikan, c4, jala dan perangkap samar adalah dilarang sama sekali. golongan pemuja alam sekitar perlu berbangga dengan pihak kerajaan kerana peraturan yang kerajaan buat ini ada baiknya untuk alam sekitar.

disebabkan pejabat aku dah deal awal-awal sama pejabat perhilitan tentang program ini maka urusan kemasukan kami ke Taman Negara Terengganu berjalan dengan lancar dan cepat. hajat kitaorang untuk masuk ke Kawasan Sungai Cacing tak kesampaian kerana kawasan itu ditutup, maka kami terpaksa masuk ke kawasan Sungai Terenggan. Sungai Terenggan merupakan satu kawasan yang paling jauh dan dalam sekali di tasik kenyir. ianya berdekatan dengan Gunung Gagau dan sempadan dengan Negeri Pahang. Sila Lihat peta tasik kenyir untuk makluman yang lanjut.

semua kaki-kaki pancing dan bersiap sedia. siap jee parking bot, kapten bot menabur satu umpan yang dinamakan umpan buah sawit. umpan sawit itu direndam lama dan baunya cukup busuk. aku cukup kagum bila tengok betapa banyaknya ikan lampan memakan umpan tersebut. sahabat-sahabat kaki pancing dah siap sedia dengan joran masing-masing dari tadi dah tak sabar-sabar nak memulakan balingan. walaupun bukan kaki pancing tapi bila aku melihat banyak ikan lampan memakan umpan sawit tu maka tak pasal-pasal jadi panas. maka aku pun menjerit kepada sorang staf aku,

" zul, sediakan peralatan perang, kasi tambah peluru power sikit..aku dah tak sabar niii..."

adakah aku mendapat banyak ikan?

berjayakah aku menewaskan raja ikan air tawar?

benarkan aku berjaya mengangkat kelah seberat 3 kilo?

siapakah yang memesan prepaid kepada member yang hendak ke Pengkalan Gawi sedangkan kat dalam kenyir haram nak ada line?

benarkan kata PM bahawa bukan PTD layak jadi KSU Kementerian?

..tunggu sambungan akan datang.

1 ulasan:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

sham... air terjun gawi masih cantek dan dara lagi kah... atau dah diperkosa dgn bangunan? abe ke sinun sekitar 1993 kot... masa keraja di trg