Sabtu, 16 Mei 2009

Sentimental 1996 - Pelempang Cikgu Nik

1 September 1996

pagi tu aku berdebar tak patut. nak hilang debar aku berdoa panjang sikit dalam bahasa melayu. Ustaz Mat Diah ada kata tak kisah berdoa dalam bahasa melayu. tapi lagi afdal kalau dalam bahasa arab.

masa nak berjalan ke dewan selera kaki aku rasa berat jee. tapi bila tahu menu pagi tu mee goreng tak ada sayur aku try jugak berjalan sambil pikir apakah yang akan berlaku nanti.tapi ada satu magic jadi bila aku sampai dewan selera. debar aku sedikit hilang. mungkin sebab sambil makan dan minum teh aku sempat mengenyit mata pada dua hingga empat orang budak junior yang pandang aku.

lepas makan, kenyit mata dan cerita pasal band slandek dengan kawan-kawan yang lain dada aku kembali berdebor tak patut...

30 Ogos 1996

" panjang, aku ada bom 3 bijik. entah budak mana kasi aku. kita kasi letup asrama macam mana? " aku syak setan dari blok 10 yang duduk kat parit hasut aku malam tu.

" betul hang ada mat? hang jangan pelawak.." panjang tak konpiden sama aku

" jom tgk bom kat bilik aku.."

panjang nama betul dia Nor Hisham Halil, orang Baling, ikut aku masuk bilik.

" macam mana? ada berani kasi gegar satu Kem? " sah memang setan yang duduk belakang blok 10 hasut aku.

" bila kita nak bakar? kat mana nak bakar? " panjang semangat macam orang lepas hisap gam

" jang, kita bakar tepat kul 12 macam mana? baru sambut merdeka..." aku kasi cadangan

" kita kasi gegar satu KEM!!! " entah setan mana yang semangat sekali berkata-kata.

belum lagi pukul 12.00 pagi sekumpulan budak-budak silat cekak yang di dalangi oleh Mat Due balik dari pertapaan. dalam perjalanan balik walaupun ada ilmu silat tapi perangai diorang tak semegah mana. diorang boleh buat bising sambil jerit merdeka. disebabkan jeritan diorang ni maka budak-budak blok 9 dan 10 mengambil kesempatan untuk turut menjerit merdeka disamping mengeluarkan bunyi-bunyi binatang seperti bunyi harimau, ayam, itik, gajah dan bunyi babi. yang aku heran macam mana diorang buat bunyi babi tu sebijik?

dari jauh kitaorang dah nampak kelibat cikgu nik. cikgu nik ni cikgu displin maktab, merangkap cikgu asrama, cikgu jurulatih bola tampar dan semua serba serbi dia pegang. budak-budak blok 9 dan 10 dipanggil turun.

" ingat! jika awak semua buat bende macam nie lagi. saya tak teragak-agak untuk ambik tindakan. dalam 5 tahun saya kat sini orang yang saya tampar tak sampai 10 orang..." cikgu nik berkata-kata sambil mengaru tapak tangannya.

jam dah dekat pukul 2.00 pagi. aku, panjang dan para pengebom lain dah naik boring. aku lambung-lambung mercun yang aku pegang nie sambil isap rokok DUNHILL.

" macam mana kita ni, tak punk kalau ikut cakap cikgu. nanti kena gelak sama budak nirvana kat luar macam mana? lu tahu laa punk luar pandang sinis pada budak mrsm nie" aku menghasut panjang sambil hembus asap pada kipas diri yang dihalakan ketingkap.

" pergi tengok line " panjang kasi arahan pada budak junior rumah dia.

5 minit kemudian.

" ok bang, line clear "

aku, panjang dan beberapa budak lain bangun bersemangat sambil buang puntung rokok kedalam baldi yang disediakan. sebagai langkah berjaga-jaga aku dan pengebom-pengebom yang lain memakai pakaian ala-ala ninja.

panjang pakai kain pelikat sambil tutup muka. aku berstyle sikit. tutup muka guna baju lepas tu pakai topi. semangat gerila memang ada masa tu. niat kami baik, kami letupkan mercun ni sebagai simbolik perayaan merdeka tahun nie. masa tu mahathir marah sama penjajah. so kami pun marah penjajah jugak.

" mat hang kasi tegak mercun tu..." panjang kasi arahan. aku dirikan dua mercun tu.

panjang pakai lighter untuk letupkan mercun pertama. aku duduk tepi dia sambil pandang kiri dan kanan.

mercun pertama gagal di letupkan.

" mercun ni dah masuk angin " kata panjang

" try mercun no 2. aku dah jampi " aku bercakap macam bomoh

mercun kedua ditegakkan kembali. aku betulkan sumbu mercun sambil baca bismilah. panjang dah steady dengan lighternya. budak-budak lain ada yang duduk sambil cekak pinggang dan ada yang tutup telingga.

KABOOMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!!!!!!

" WOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII...jangan lariiiiiiiiiiiiiiiiiii..." entah warden mana yang menjerit.

kitaorang lari berterabur.masing-masing masuk bilik dan buat-buat tidur. aku pikir kalau masa tu dah ada baju kelawar untuk tidur memang dah aku pakai baju tu.

babi, kitorang tak sangka bunyi dia kuat gila. aku syak satu KEM PPH gegar dengan bom tue.

Ustaz Mat Diah, Cikgu Anuar dan beberapa orang warden kasi arahan semua pada budak blok 9 dan 10 keluar berkumpul mengikut rumah masing-masing. sebagai ketua rumah asrama aku kena duduk depan dan aku pun mengira sama ada cukup ke tidak budak rumah aku.

sambil menguap dan buat-buat gosok mata aku tanya sama ustaz Mat Diah.

" Ustaz kenapa panggil kitaorang turun ni? " cakap aku mengikut nahu kelantan.

" entah laa sape bakar mercun nie...tak dengar kee? " Ustaz bercakap sambil geleng-geleng kepala.

" aduhh...budak mana laaa nieee..." aku bercakap sambil gosok-gosok mata

lama jugak cikgu anuar membebel. tapi last-last sekali dia cakap,

" oklah, tak ada siapa pun nak mengaku. baik. saya dan ustaz akan buat sembahyang hajat, mintak kat tuhan agar orang yang buat bende ni SPM dia atau peperiksaan dia nanti.....awak tahu-tahu sendiri..." cikgu anuar bercakap sambil bermain dengan mercun yang tak meletup tadi.

aku faham maksud dia. maknanya sape tak mengaku dia akan berdoa agar SPM budak tu kantoi.

" ok. saya bagi peluang terakhir. ada sesiapa nak mengaku? "

tiba-tiba....

panjang angkat tangan dan mengaku dia yang buat.

" what the f***kkk..." aku bercakap dalam hati dengan perasaan yang berombak..

" saya nampak ada orang lagi bersama kamu Hisham. siapa orang tu, baik kamu cakap..."

suasana senyap...

" Mat cikgu..." panjang bercakap sambil menundingkan carinya ke arah aku.

Ustaz Mat Diah pandang aku...dia beristifar...

dan aku tunduk pandang bumi...

Kembali 1 September 1996 pagi selepas perhimpunan

lepas perhimpunan Cikgu Nik panggil kami 3 orang. aku tak pasti sama ada sorang lagi mamat tu arwah Mat Yie atau Hilman@demang, budak kampung aku kat lipis.

sebelum kena hukuman, Cikgu Nik bersyarah sedikit.

" saya dah kasi amaran malam tu, tapi awak buat jugak. Awak jangan salahkan saya ok?"

aku jawab ok dalam hati. kalau boleh nak jugak cakap TAK OK. apa kes nak lempang orang kat depan orang ramai ni...

tapi aku redha...

pelempang pertama untuk panjang

pelempang kedua untuk aku

dan

pelempang ketiga untuk yang sorang lagi...

mata aku berkaca. macam nak nangis. tapi aku pikir kalau aku menangis aku tak nampak macam gerila.

Hari tu Cikgu Nik buat hatrik dalam melempang...

notakaki: aku rasa bukan aku saja yang sayang dan suka kat Cikgu Nik, tapi tak terkecuali pada budak-budak mrsm pdrm yang lain. kalau ada apahal cikgu nik lah tempat kitaorang mengadu. cuma aku tak faham kenapa cikgu nik sekarang dah tak kerja cikgu. kalau dia kerja cikgu mungkin dia dapat tokoh anugerah cikgu tak pun cikgu cemerlang pangkat jusa. aku ada cerita hal kena lempang ni ke abah aku. abah aku gelak dan cakap padan muka kat aku.

terima kasih cikgu!

13 ulasan:

alizamarwa berkata...

ha ah mat..padan muka kauuu...heheh

edyani berkata...

suami aku pn t'libat sama ke?nsb baik xde skandal ngn dia lg masa tu, so mmg xingt la..yg aku ingt ko mmg nakal la dulu mat..masa form 1 bdk klas aku pn ada kena lempang ngn ckgu nik..tp ckgu nik mmg best la..

Azuan berkata...

Ko ni mat terror betul ingat2 tarikh ni. Ko pakai diari ke apa? Cuma tarikh 1 Ogos 1996 tu ko kena tukau jadi 1 September. Fakta2 pun lengkap tp mcm dah exaggerated sikit. Aku pun ingat lagi kes bom ni. Gerun siot bila tgk geng kena lempang...

AMMOSHAM berkata...

hahahah, azwan betul laa 1 September.nanti laa aku baiki. aku tengah tulis sambil dukung anak nie....

cerita ni diubah untuk kasi sedap sikit. hehehe...1st time kena pelempang wei...

trimas azuan.

shidah berkata...

haha..tapi betulah..kalau di ingat2 balik masa form 5 la krg banyak buat kes..krg ni memberontak ke apa..hehe..

tapi betul kata ko mat..cikgu nik the best walaupun shidah pernah didenda tak pegi prep..haha

Azuan berkata...

Betapa mencabarnya tugas Cikgu Nik nak menjaga kita masa form 5 dulu. Aku rasa kita masa tu tengah mereng sikit kot sebab tu banyak buat hal. Masing2 mcm pelesit. Aku harap Cikgu Nik berhenti bukan sebab kita.
Ya, cikgu Nik la yang paling caring dgn concern dgn student2 maktab. Bayangkanlah dia nak menjaga segala hal ehwal kita yang beratus2 ni.

duta berkata...

Jaap... pengumuman penting... selaku bekas LDP maktab.... saya forward ek cite ni pada cikgu NIK... pasti menitis air mata dia baca cite ni! caya lah bro mat tiara!

Saiful berkata...

Wah Nostalgik sungguh entri ni!

leen berkata...

tulah sangat sadis.tp cikgu nik mmg terbaik.pernah skali jenguk2 kat muzium telekom,manalah tahu dia ada...thanks cikgu

TheIndividualist berkata...

dah sah2 aku tak masuk lg time ni..gila ah lempang kt public.

erish berkata...

hahha...ko ni mat...ada2 je idea kan..ko toksah heran apsal cikgu nik tak jd cikgu dah..sbb..aku rs la kan..sbb anak2 perintis dia dh takde..hehehehe..tak dpt la aku bayangkan ko dpt penampar cikgu nik..sikit punye besar tgn cikgu nik..dh la main bola tampar plak tu..mmg berkesan kat hati ko la kan?

Azuan berkata...

Tapak tangan Cikgu Nik tu pun dah sebesar muka ko Mat... ;p
Aku x pernah kena tampar kat maktab. Tapi aku pernah kena tampar ngan cikgu kelas aku masa aku darjah 5. Sampai sekarang aku ingat nama cikgu tu.
Ni semua gara2 main sumpit kacang hijau yang guna straw tu. Ada mamat x puas hati kalah perang nak gaduh ngan aku plak. Loser betul.
Tengah2 gaduh, cikgu tu datang terus lempang kitorang. Nasib baikla zaman tu bukan macam zaman sekarang. Cikgu jentik sikit je terus mak bapak datang serang sekolah.

mdnoi berkata...

betul cakap ko mat, cikgu nik memang best walaupun dia garang dan ada pelempang org hehehe