Ahad, 10 Mei 2009
Hari ibu - ibu Tempoyang!
ibu-ibu di tempoyang biasanya akan berkumpul di tadika kemas dalam jam 11.00pagi. masa tu time budak-budak balik.
ibu-ibu tempoyang bersatu disitu. ketika menunggu, ibu melayu, ibu cina dan ibu india duduk berbual seperti biasa dan membincangkan sesuatu yang biasa-biasa sahaja seperti,
" masak apa tengah hari ni? "
" tengok tak cerita semalam? "
" si jeri kencing lagi semalam, tu yang sidai tilam..,"
" anak no 1 keje sini, anak no 2 keje situ bla, bla...bla.."
ibu-ibu tempoyang tetap bersatu disitu. ibu melayu, ibu cina dan ibu india tetap setia menghantar dan mengambil anak-anak mereka. Sambil memimpin anak mereka, soalan biasa-biasa sahaja akan ditanya kepada anak-anak seperti,
" makan apa tadi? "
" abang/adik/kakak belajar apa tadi, meh ibu nak dengar... "
" cium tangan cikgu tak masa nak balik tadi? "
...dan saban hari ibu-ibu tempoyang bersatu!!!
notakaki:sekadar gambar hiasan, gambar diatas bukan tadika taman seri tempoyang. tak silap aku ,Kelas TABIKA di Taman Seri Tempoyang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). ada juga kelas TADIKA yang dikendalikann oleh Jabatan Perpaduan yang dikenali sebagai TABIKA PERPADUAN. dengar cerita PKR pun nak buat tadika selepas dapat tahu PAS untung besar dengan PASTI (tabika PAS). belum cerita lagi bab-bab tabika swasta yang kena bayar mahal-mahal. oh ya TADIKA bermaksud taman didikan kanak-kanak ,TABIKA bermaksud taman bimbingan Kanak-kanak dan PASTI pula ada singkatan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam.
kaki nota : Aku belajar di tadika convent, Tanah Rata, Cameron Highlands. Sekular tak patut.
POWER TO THE PEOPLE!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
tu lah tadika parti politik akan hanya ajar cara hasutan dan bencikan parti lawan. budak2 dari kecil diajar utk berbalah... bukan saling menerima segala perbezaan agama, politik, fahaman, budaya, bahasa dll yg jadikan kita 1malaysia
Catat Ulasan