banjir dah nak start. kat sini hujan turun lebat petang-petang. pagi cuaca sedap tapi bila menjelang petang cuaca terus menjadi blues kepada orang-orang obesiti yang bersemangat untuk berlari.
hujan petang juga menjadi carutan kepada budak-budak bola anarki. tapi bola terus disepak kepada mereka yang rebel dan tak takut petir. betul-betul hati kering.
hujan petang juga blues bagi emak emak dan abah abah yang tinggal berdua dirumah. bertemankan kopi dan ubi mengenangkan anak-anak yang besar panjang yang dah berpindah dikota mencari rezeki. hanya memori pengubat hati buat rindu dalam alunan air dari awan yang membasah bumi.
hujan itu rahmat dari tuhan buat insan yang mahu memikirkan kebesaran tuhan.
Selamat datang tengkujuh!
3 ulasan:
kat penang ni hujan hari2..Tak pasai-pasai tidoq dalam opis sebab syok..hahahha
i love hujan. Ia punya sifat romatisme yang super cool.
Hujan renyai, buku dan secawan kopi hangat adalah cinta hati saya!
masa aku kat kg zaman remaja dulu,aku anti hujan. sebab bila hujan, petang nanti mesti kurang budak turun main bola.
Catat Ulasan