Selasa, 12 Oktober 2010

bas

naik bas ni sedap. tadi dari kuala lumpur ke kuala terengganu aku betul-betul balas dendam sama tidur. sedar-sedar dah sampai hentian rehat temerluh. dari temerluh sedar-sedar dah sampai kuala berang. entah bila jumpa karak highway.

bas bila di bawa laju rasa sedap sebenarnya. tapi yang jadi tak sedap bila berlaku eksiden. sampai malaysia orang tengah cerita pasal eksiden bas. banyak teori aku dengar. teori paling banyak aku dengar ialah teori bawa laju, teori jalan lurus dan teori pemandu mengantuk. teori-teori macam ni tak boleh menang hadiah nobel.

aku ada sorang kawan kerja dia tengok radar kapal terbang. aku pikir kementerian pengangkutan kena tubuh satu jabatan khas. jabatan ni kerja dia tengok radar bas. mana-mana bas yang laju boleh kasi amaran. hal ini bukan sahaja sangat bagus untuk keselamatan penumpang tapi boleh memberi kerja kepada budak-budak muda lepasan universiti yang tak ada kerja sekarang ni. pengambilan pekerja jaga radar ni macam style kpli jugak.

yang paling penting, radar ni bukan sahaja boleh kesan bas. tapi boleh kesan ufo. aku dengar cerita kawan aku radar yang dia jaga sekarang ni tak boleh kesan ufo. bab tu memang kodi.

ufo tu aku rasa penting jugak untuk dibincangkan. aku jugak hairan kenapa tak ada ufo terhempas kat malaysia? kenapa tak ada hal ufo dibincangkan secara intelektual dalam rtm? adakah ini diskiminasi terpimpin? siapakah yang akan menjadi calon dun galas bagi PAS dan UMNO? dan apa hubungan politik dan ufo? kita akan bincang lepas ni.

4 ulasan:

Bijen M. berkata...

Isu UFO adalah isu yang lebih terkehadapan yang dibincangkan oleh mat-mat saleh.
Orang Melayu lebih selesa berbincang pasal bomoh, dukun, santau, pocong dan seumpamanya.

mrfactoid berkata...

apa kes radar m'sia jet singapore pon tak leh kesan..

mimizuzuhaha berkata...

lama gile tak naik bas. rindu gak kadang2 terhoyong-hayang lam bas. pening cam nak muntah kat org sebelah

Kasut But Ceri Merah berkata...

haihh... takut lah nk nek bas expres :(