Sabtu, 2 Oktober 2010

Kuala Lumpur & Melayu

bulan 10 ni gua akan turun KL untuk dua hal. satu untuk Perhimpunan Agung UMNO dan satu lagi untuk Festival Fotografi Kuala Lumpur. menurun Kuala Lumpur sejak ada Lebuhraya Pantai Timur merupakan satu hal yang sangat sedap. terima kasih kepada kerajaan yang begitu prihatin dengan nasib-nasib kereta.

hal umno kita bincang lepas ni. lagi pun suka tak suka kita tak boleh nafikan bahawa umno telah memainkan peranan penting dalam proses pembangunan negara pada hari ni. bagi gua semua parti memainkan peranan penting dan gua tak reti bahasa sama orang yang cakap politik itu tak penting.

melalui pengamatan gua. scene photo memang begitu mencanak naik sekarang. lebih-lebih lagi scene kamera gantung kat leher. dulu gua selalu gak bakar mamat minah yang gantung kamera kat leher.

scene kamera gantung ni bermula bila 2 biji kamera gua buat onar sama gua. sejak dari itu gua start pakai kamera gantung dan sejak tu hubungan gua sama pelajaran fizik semakin dekat dihati. bagi gua kamera ini tentang persoalan cahaya. walaupun ramai kata cahaya ini bergerak lurus tapi mengikut seorang cikgu matematik gua, cahaya ni bengkong sikit. disebabkan ia bengkong sikit maka ia boleh dibiaskan menjadi satu bende yang lain. sebab tu malaikat boleh merupai banyak bentuk pasal malaikat dibuat oleh cahaya. peh, gua dah masuk bab-bab malaikat ni.

pasal festival ni gua tengok tak ada semangat 1malaysia langsung. dalam promosi klpf tu penganjur menggunakan bahasa cina dan bahasa english sebagai bahasa promosi. inilah nasib bahasa melayu.

oh tidak, tidak. bahasa melayu mana layak untuk bahasa pembangunan. bahasa melayu mana layak untuk negara maju macam malaysia ni. orang melayu mana layak nak membangunkan ekonomi negara.

orang scene kamera tak serius tentang isu bahasa sebab bahasa tak ada kesan dalam kamera. kamera tentang cahaya. kalau nak bercakap pasal bahasa pergi ke dewan bahasa dan pustaka. kalau nak bercakap dalam bahasa melayu pergi tengok rtm sama klasik nasional. ini kuala lumpur. kotaraya metropolitan dimana warganya bercakap english dan mereka rasa malu bercakap melayu.

dalam suasana pasaran bebas ni rasanya tak salah kalau terus untuk kita bercakap bahasa melayu. Ahmaedinejad pun cakap bahasa iran kat UN itu hari. entah bila orang nak bercakap bahasa melayu kat perhimpunan agung Bangsa-Bangsa Bersatu?



ps: sape kata kena cakap orang putih kat persidangan dunia?

1 ulasan:

Mrs Poyo berkata...

Ceq selalu dok bc blog hang..tapi awat hari baru teringin nak tulis komen ngan jadi follower taktau..
pelik-pelik..