harga pisang setangkai sekarang gua dengar dalam rm20. kira mahal tu. keadaan harga yang mahal ketika ini menyebabkan orang-orang kampung dan para petani moden dan tak moden mengeluh bila mereka kehilangan pisang mereka.
gua kesian sama petani-petani ni. dimanakan keadilan? adakah keadilan itu tercapai bila kita semua masuk parti keadilan? nampak gayanya besi buruk dah tak laku mana. hasil penyelidikan gua dengan orang-orang kampung semasa melepak mendapati bahawa bukan setakat pisang yang masak sahaja dirembat malah yang tak masak/putik lagi pun dirembatnya. adakah mereka mahu membuat kerepek?
situasi ini sangat merbahaya. selain dadah, komunis dan cili padi. mencuri pisang juga boleh mengugat keselamatan negara. gua pikir telah tiba masanya untuk kita berjuang memastikan pisang-pisang tidak dijual dengan harga mahal dan menghukum pencuri yang mencuri pisang.
elakkan sembelit! makanlah pisang!! hidup masyarakat marhain malaysia!!!
2 ulasan:
ko sembelit ke hape nih?
15sen/kg mahal lg? tanam sendiri la..
Catat Ulasan