Isnin, 22 Mac 2010

dari lombok wtih love

dalam peta aku tengok lombok sama malaysia sikit punya jauh. jauh dia macam pergi australia. nak sampai lombok kalau tengok peta macam kena naik feri. tapi aku tengok dalam channel kat astro tu ada gak kapalterbang yang turun situ.

awek-awek yang lari ikut kekasih diorang pergi lombok mesti tak tengok peta. mesti diorang ingat lombok tu macam pergi tanjung balai. tak pun lombok tu macam kat jakarta. ini semua salah cerita bawang merah bawang putih.

kalau tak salah filem atau drama indonesia ini mesti salah lagu-lagu indonesia yang memang banyak kat pasaran radio malaysia. ini mesti salah padi, dewa19, inul daratista, projek pop dan sebagainya.

inilah sebabnya jika subjek geografi tidak dijadikan subjek wajib dalam SPM. kalau jadi subjek wajib mesti tak ada awek2 yang akan lari ke lombok. paling jauh diaorang lari pun kat station bas larkin.


2 ulasan:

Jorji berkata...

satu ulasan tajam,terperinci dan penuh keinsafan.

bebudak ni, jatuh cinta skit nak kawen lari. pelempang je ubatnya.

m taufiq a aziz berkata...

aku ingat, peta atlas yang jual kat kedai tu kena turunkan harga dan dijual dengan pakej menarik. spt bungkusan warna pink, percuma mainan misteri, tudung wahida..