aku pikir pos malaysia kena pikir idea aku ni. bagaimanakah salah satu cara untuk mendapat untung yang banyak. bila untung banyak kerajaan akan tampung jalan yang berlopak. bila takada jalan berlubang maka secara auto rim motor tak ada yang belok.
aku pikir pos malaysia kena buat setem ikut daerah. bila buat setem ikut daerah aku pikir budak-budak secara auto akan beli setem daerah dia. sape tak bangga kalau daerah dia ada setem. aku yang dah lama bersara simpan setem akan kembali kumpul setem balik.
mula-mula aku cadang pos malaysia buat setem lipis. dalam satu bulan tu buat setem pasal tempat-tempat cool dalam lipis macam tempoyang, flat tempoyang, kedai cina batu dua, batu kurap, bukit bius dan umah siti nurhaliza. lepas tu keluarkan setem orang macam siti nurhaliza, adik siti nurhaliza, tok mat(bapak aku), king/ghulam ghazali shafie, pp, padeli, ustaz maiyudin ane kedai kuning dan apu. amacam? bravo tak idea aku?
lepas tu buat laa pulak setem daerah-daerah lain. trend kumpul setem kita buat macam main tudung oren dan semangat dia macam semangat orang makan nasik. bayangkan kalau kalau kita ada 122 daerah dalam malaysia dan satu daerah pos malaysia keluarkan 100 ribu setem. satu daerah kita anggarkan ada dalam 90k penduduk. takkan setiap penduduk tak ada semangat daerah nak beli setem daerah dia orang.
bayangkan keuntungan yang pos malaysia dapat. bila dah untung bolehlah pasang aircond dalam pejabat pos. sekurang-kurangnya boleh jugak orang kampung merasa duduk dalam aircond. ini tidak, nak rasa aircond orang kampung pergi BSN.
power to the people!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan