gua terjaga dari tidur gua yang lena bila gua terdengar suara-suara makcik-makcik dan mak gua selaku tuan rumah berborak cun-cun kat belakang bilik gua. tak payah tengok jam gua dah tahu sekarang pukul 11 pagi. time-time 'anak mak' balik dari tadika kat area taman gua time macam nilah 'mak budak' berborak kat rumah gua.
gua sebenarnya tak risau sangat mereka nak berborak tapi tidakkah mereka sedar tuan rumah mempunyai anak-teruna-lulusan-universiti yang sedang tidur dan melayani puteri-puteri dari kayangan. mereka tidak pernah menjadi anak-dara-remaja ke?
gua sebagai anak remaja yang bertoleransi, baik hati dan kadang kala bermastubasi diwaktu pagi mengambil langkah bijak dengan mendiamkan diri sahaja. kadang-kadang tu gua rasa bagus jugak diorang ada disini kerana gua dapat mengetahui tentang berita terkini hiburan sensasi yang berlaku kat area taman gua.
suasana nyaman pagi tu bertukar menjadi taik apabila ada seorang makcik yang pantat mulutnya bertanya beberapa soalan kepada mak gua.
" anak kau buat apa sekarang? kerja ke? tak sambung belajar...." belum habis lagi soalan dari makcik tu gua lekas-lekas pasang radio sekuat-kuatnya dan pagi tu mereka pun blah slow-slow...
selamatkan aku atau aku selamatkan kamu?
dipetik daripada neon zine # 6
Tiada ulasan:
Catat Ulasan