Rabu, 24 Mac 2010

hari yang gemilang di Syurga - part 1

Jam loreng berbunyi. mat terjaga. dalam adab yang rutin dia terus menyarungkan seluar kerjanya dan menuju ke dapur untuk melihat samada isterinya sudah memasak bubur bijiran sedia untuknya. ketika sedang makan dia meneliti Harian Kebenaran untuk berita utama pagi selasa.

" makanan dan produksi-bekalan-kemewahan mencapai peringkat tertinggi. golongan kelas pekerja sangat gembira, "

" sebuah konspirasi membabitkan tiga ribu orang musuh kerajaan terbongkar dan para pemimpin parti yang telah memutuskan bahawa pengikut-pengikut jalan yang salah tersebut tidak akan dibunuh, separuh dari mereka akan dibentuk dengan tindakan yang baru untuk manusia berkhidmat bagi kepentingan awam "

Mat berpendapat ianya sesuatu yang sangat mulia bahawa kerajaan sekali lagi melangkah kehadapan dalam matlamat-produksi mereka dan bilangan pengikut-pengikut jalan yang salah telah berkurangan. mat kemudiannya memandang ke dinding dan melihat sebuah gambar yang bertulis,

" demokrasi bermakna kita adalah dalam bilangan yang lebih banyak dari musuh kita "

dia mengangguk dengan perasaan tenang dan meninggalkan meja makan. "ianya merupakan sesuatu yang amat membanggakan sekali dapat hidup didalam sebuah negara, dimana semua orang berkhidmat untuk kepentingan awam dan di mana kita dipimpin oleh pemimpin yang amat hebat dan agung seperti Iljits! "

dia bergegas dan berjalan keluar kearah syurga.

bersambung...

Tiada ulasan: