Selasa, 29 Jun 2010

pilihanraya - 2 dari 4 (le vote ne change rien la lutte continue)


dulu masa zaman gelap aku sebagai seorang punk hardcore yang panas baran dan emosional bila melihat makwe comel bercouple sama pakwe tak hensem, aku ada menampal gambar diatas dalam bilik revolusi aku. sebelah gambar tu gambar tun mahathir pakai baju biru sambil baca doa.

dulu aku pikir undi dalam pilihanraya tak memberi apa-apa faedah yang berguna kepada rakyat. orang politik tabur janji, lepas tu balik, lepas tu senyap dan lepas tu datang balik sekali sekala. masa pilihanraya untuk dapatkan undi diaorang sanggup masuk ke dapur tengok jamban rumah kita. bila habis pilihanraya nak jumpa kita pun susah.

sebab rakyat ni tak penting maka dalam mana-mana program bersama masyarakat atau bersama pemimpin rakyat akan duduk berpeluh ketiak untuk menunggu pemimpin datang majlis rasmi. dan benda tu tak berubah sampai sekarang.

kesedaran politik dikalangan rakyat pada hari ni merupakan satu keadaan yang baik dan sangat bagus dalam proses pembangunan negara. ini sejajar dengan hasrat dan matlamat wawasan 2020 yang tinggal 10 tahun lagi. namun apa yang penting ialah sejauh mana kesedaran politik dikalangan rakyat malaysia ini menjadikan kita matang dalam berpolitik. aku selalu pikir bila agaknya politik kita nak jadi macam amerika?

agaknya adakah kerana kes ketakmatangan dalam politik hari ini, maka secara auto ramai anak muda yang menjadi golongan pekerja dan golongan menengah ambik keputusan untuk tidak berdaftar sebagai pengundi dan mungkin juga tidak mempedulikan tentang hal-hal politik dengan pelbagai alasan yang rasanya logik jugak untuk didengar dan difahami secara mendalam.

siapakan yang tidak matang sebenarnya? rakyat atau orang politik itu sendiri?

bersambung

1 ulasan:

en_me berkata...

smoga negara akan tetap aman damai sentosa senantiasa sejahtera.. aminn