Khamis, 24 Jun 2010

Model Baru Ekonomi dan Geng Jambu Asam Boi

lepas pm lancar model baru ekonomi, kat terengganu ni gua tengok dah lain macam. setiap sekilometer atau 500 meter tepi jalan tumbuh geng-geng jual air jambu asam boi. sebagai rakyat malaysia gua merasa sangat bangga.

ini sudah baik. rakyat malaysia dah sedar betapa bagusnya minum air jambu. jambu merupakan satu makanan yang berkhasiat dan mempunyai vitamin tinggi. air kopi tak bagus. air kopi tak sesuai untuk yang ada ulser. tak bagus jugak pada yang ada gastrik.

mampukah anak muda penjual jus jambu asam boi menerima liberalisasi perdagangan dalam model baru ekonomi negara?

mampukan anak muda penjual jus jambu asam boi menerima hakikat bahawa mereka terpaksa bersaing dalam dunia global?

mampukan anak muda penjual jus jambu asam boi mencium wangi wang hasil liberalisasi perdagangan?

adakah yang menjual jus jambu asam boi terus menjual jus jambu asam boi dan yang kaya terus kaya?

adakah Tatparanadam Ananda Krishnan akan menjadi menteri penerangan selepas prestasi baik astro dalam penyiaran siaran langsung piala dunia berbanding siaran langsung dari RTM?

wah, indahnya kapitalisme!

1 ulasan:

Jorji berkata...

Rancangan Malaysia ke 100 pun sama aje!

Kalau betul yang ke 10 boleh memajukan ekonomi semua orang,kenapa yang ke 9,8,7,6,5,4,3,2,1 tidak?

Buduh piang punya kerajaan.

Marah ni!