abah aku tok mat bekas SB lipis sekarang ni jadi ajk jkkk kampung tempoyang dan dia jugak pegang jawatan dalam rukun tetangga kat tempoyang. sekali sekali abah aku jadi penasihat dalam menasihat orang tak kira melayu, cina atau india dalam apa jua hal-hal kemasyarakatan. ada satu kes mak aku cerita ada satu family india datang jumpa bapak aku mintok tolong selesai masalah keluarga dia.
bapak aku asal dari kampung kelong, tumpat, kelantan. kalau korang layan google earth korang akan dapati kampung kelong dekat-dekat dengan thailand atau siam. nasib baik kampung kelong tak termasuk dalam tanah kerajaan melayu yang berada dibawah siam. yang aku tahu ada 4 buah negeri melayu yang berada dalam jajahan siam. aku pun tak tahu nape dalam perjanjian bangkok 1909/10, empat buah negeri melayu ni english tak ambik.
masa kecik-kecik kalau balik kampung kelong mesti datang rasa happy satu macam. apa kes? kampung tok aku rumah dia paling hujung. yang heaven sekali ialah rumah kitaorang yang paling dekat dengan sungai. so pagi petang siang malam kitorang akan berenang disitu. memang enjoy bila dapat berenang ramai-ramai satu family. boleh buat modal bercerita bila balik lipis nanti kat kawan-kawan masa sekolah.tapi apa kes sampai sekarang aku tak reti reti jugak berenang?
dalam kotak memori aku. rumah tok aku kat kelong tak ada api. kat bawah tangga rumah ada macam tempayan untuk basuh kaki. senduk dia kalau tak silap aku dibuat dari tempurung kelapa. so aku rasa syok sebab dapat jalan-jalan pergi sungai tak pakai selipar. kalau nak berak dan kencing memang kena lepak luar. pandai-pandai laa cari port. yang syok satu perkara yang dapat aku rasa bila balik kelong ialah air kelapa muda yang fresh. siap boleh tunjuk dari bawah nak pilih yang mana satu. abang man(anak peliharaan kakak tiri abah aku kalau tak silap) memang terer naik pokok kelapa. aksi paling bahaya yang pernah aku tengok ialah abang man naik pokok kelapa lepas tu boleh lepak atas sana sambil cabut parang dia dan minum dan makan isi kelapa atas pokok kelapa sana. macam mana? true tak patut. kalau masuk acara wall climbing mesti dah menang. bab kedua yang seronok ialah daging bakar kakak tiri abah aku. korang pernah makan daging bakar? fresh beb, bakar bawah pokok kelapa lepas tu makan dengan nasik panas. sawan beb...
yang tak syok ialah aku tak suka malam hari di kelong. bila waktu malam semua gelap, tv tak ada. dalam suasana malam yang pekat ada beberapa bau yang aku tak suka. pertama bau ubat nyamuk dan kedua bau minyak gas pelita. yang buat aku lemas ialah kena tidur dalam kelambu. masa tu nyamuk banyak tak patut dan aku gerenti nangis malam-malam.
abah aku selalu cerita betapa susahnya hidup dia masa lalu. nak sekolah kena berjalan sebatu dua. sampai hari ni aku masih tak dapat nak terjemahkan sebatu tu berapa kilo? abah jugak ada cerita pasal dia kena belajar dengan menggunakan pelita. sekali sekala dia akan selalu cakap bahawa presiden amerika abraham lincoln dulu belajar tumpang cahaya dari rumah orang. abah aku selalu cakap bapak dia iaitu tok aku ibrahim ada seorang bapak yang garang. tapi aku tak dapat nak berimaginasi tentang wajah tok aku sebab tak ada langsung dalam memori aku.
tapi bila aku kenang balik memori aku di kelong aku rasa ada something yang aku rindu. aku miss angin sepoi-sepoi bahasa yang menghembus, aku miss bau teh wangi dan biskut kering yang dihidangkan, aku miss tengok kakak tiri abah aku makan sireh kalau tak silap aku, aku miss tengok suami dia balut rokok daun dan sekali sekala dia tolong aku balutkan rokok daun, aku miss sungai yang menjadi tempat aku mandi, aku miss suasana kampung kelong yang tenang dan mendamaikan, aku miss bau pelita, aku miss waktu malam di kelong, aku miss mendengar bacaan quran dan alunan alfatihah suami kakak tiri abah aku dalam suasana subuh yang hening dan yang paling aku miss ialah aku rindukan pengalaman menaiki honda cup lampu bulat bersama abah aku dalam perjalanan ke kampung kelong.
pernah tak korang berjalan dalam gelap gelita dengan penuh rasa cemas sambil orang di belakangmu membaca obor api yang cahaya? percaya laa, dalam memori aku, aku pernah berjalan dalam gelap sambil abang man membawa obor yang menerangi perjalanan kami. apa kes berjalan dalam gelap aku tak ingat tapi mungkin nak pergi tengok tv rasanya malam tu.
yeah, kita berjalan dibawah cahaya api dan kita saling memandang wajah masing-masing...
laman web yang bercerita tentang kampung kelong.
abeli dan azizkelong and azizkelong2
notakakis : baca INI. itu pasal banyak kedai makan kat lipis ramai orang kelantan. sebab tu korang melepak kat kedai tak bukak.
1 ulasan:
kuala lipis .. kannns
Catat Ulasan