katak-katak
October 25th, 2005 by ammoshampada satu hari di musim panas berkatalah seekor katak jantan kepada pasangannya, " aku takut manusia yang tinggal di rumah tepi pantai sana terganggu oleh nyayian malam kita." pasangannya menjawab,"tidakkah mereka juga menggangu ketenangan kita di siang hari dengan perbualan mereka?
kata jantan berkata," jangan lupa kita mungkin menyanyi terlalu banyak dimalam hari," pasangannya menjawab,"jangan kita lupa yang mereka berleter dan berteriak dengan riuh di siang hari,"
kata katak jantan lagi," bagaimana dengan katak bentong yang mengganggu seluruh kampung dengan bunyi boomingnya?" pasangannya menjawab,"ya, bagaimana pula dengan ahli politik dan saintis yang datang kemari dan memenuhkan ruang udara dengan bunyi bising dan tidak berirama?"
lalu katak jantan menjawab," marilah kita jadikan diri kita makhluk yang lebih baik dari manusia-manusia ini, mari kita berdiam diri dimalam hari dan bernyanyi di dalam hati walaupun bulan memanggil kita untuk berirama dan bintang-bintang menyeru kita untuk berlagu, paling koman kita diam untuk semalam dua, paling tidak tiga malam" dan pasangannya menjawab, " baiklah, i setuju, kita tengok apa akibatnya dari kemuliaan hati u itu,"
malam itu katak-katakitu berdiam diri dan juga malam berikutnya dan juga malam ketiga. aneh untuk diperkatakan, perempuan bermulut pantat ayam yang tinggal di rumah tepi tasik berteriak kepada suaminya di meja sarapan pada hari ketiga itu," aku sudah tidak tidur selama tiga malam ini. aku tidur dengan nyenyaknya bila ada bunyi katak-katak itu bermain ditelingaku. mungkin sesuatu telah berlaku. mereka sudah tidak bernyanyi selama tiga malam. aku dan hampir giler kerana insomnnia."
katak jantan terdengar perbualan ini dan berpaling kepada pasangannya sambil mengenyitkan mata," dan kita hampir giler dengan kesenyapan kita, tidak bergitu?" lantas pasangannya menjawab, " ketenteraman malam amat berat buat kita dan aku ketaui bahawa tidak perlu kita memberhentikan nyanyian kita untuk kesenangan mereka yang mesti memenuhi kekosongan mereka dengan kebisingan."
maka pada malam itu bulan tidak kecewa memanggil mereka untuk menyanyi dan bintang-bintang pun tidak frust juga untuk medengar irama mereka.
The Wanderer, KAHLIL GIBRAN
diculik daripada biodegradable material zine
Tiada ulasan:
Catat Ulasan