Rabu, 7 Januari 2009
si ayah dan sebuah catatan merah..
C
E
L
A
K
A
KAU
IS
RA
EL!
kata aku bila,
tiga tubuh comel terbujur kaku,
haru, aku terpaku,
kaca mataku pedih dan jernih,
melihat,
seorang ayah meraung hiba,
apa dosa mereka?
hingga senjata-senjata moden buatan amerikana,
menembus badan-badan comel mereka,
yang semalamnya berlari riang sambil bermain patung mainan,
atau tidur berpelukan kerana takutkan letupan.
jiwa mana yang tak terlintas rasa sedih,
melihat wajah pilu seorang ayah meratapi,
si along, si angah dan si bongsu kurnia ilahi...
bagaimana jika aku si ayah itu?
dan anak-anakku terbaring kaku?
pasti sumpah seranah, ratapan dan kesedihan
menghiasi ruang-ruang hidupku.
durian burung,
4:10 pagi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
ISRAEL..MAKHLUK YG PALING X LAYAK DIBERI PELUANG UNTUK MENAPAK KAT BUMI NI..AKU DOA-DOA AKU SEMPAT TGK KEHANCURAN DIORANG JE..
jom baling kasut kat deme teh
nyamfahhhh.. kannns
aku hilang kata-kata.
Catat Ulasan