perlahan-perlahan bunyi enjin bas Cik Mie hilang dari telinga. angin subuh dari ladang getah belakang flat bertiup lembut. kicau burung berbunyi perlahan tapi mempersonakan. sekali sekala terdengar jeritan budak menangis di atas rumah.
" sham, bangun subuh.." gerak mak dari dapur
aku bangun malas menuju ke ampaian kain. aku perhatikan pohon-pohon getah sambil berharap agar keluar seekor dua harimau dari hutan bukit itu.
" Tempoyang ini macam Visoko jugak ye " getus hariku.
aku pandang bukit getah itu. aku pandang langit. masih lagi hitam. aku lihat burung-burung bermain riang.
aku juga lihat anak-anak bermuka masam. mungkin tanda protes kepada kerajaan. protes juga pada alam. sepatutnya sekolah start pukul sembilan bukan tujuh atau lapan.
" macam mana? nak sambung belajar kat UPM ke nak sambung tingkatan 6 kat SMK Mahmud Raub? "
aku bilang pada abah dalam hati,
" aku tak mahu belajar. nak kerja kontrak. jadi punk lepas tu merayau satu dunia. balik tu aku dapat phd. "
aku bilang pada abah kat mulut,
" takpelah pergi UPM buat diploma tu "
" member-member lain semua dapat buat matrikulasi kan? "
aku bilang pada abah dalam hati,
" matrikulasi tak menjaminkan dapat awek yang pakai kereta honda bah "
aku bilang pada abah kat mulut,
" ye, dia orang semua buat matrik akaun kat UUM"
" kita ini bukan orang senang. orang susah. harta pun bukannya ada. kalau nak belajar, belajarlah sungguh-sungguh. bab-bab duit tu janganlah awak pikir sangat. ini hal kami yang uruskan. tugas awak belajar je..."
aku dengar dari suara hati mak.
aku terus pandang bukit hijau itu. aku pandang Blok B. aku pandang cina-cina dan india-india marhain disitu. aku pandang mereka dengan sayu. semua mereka bukan orang-orang kaya.
ada yang kerja jaga sekolah. ada kerja tukang kebun sekolah. ada kerja jaga pagar keretapi. ada kerja cuci baju. ada kerja tukang sapu. ada bukak runcit kat umah. ada kerja petani. dan yang besar sikit mungkin kerja kerani.
perut melayu, perut india dan perut cina sama bunyinya bila lapar.
aku pandang bukit hijau itu.
aku tak mahu Tempoyang jadi macam Sarajevo. aku tak mahu kita bermusuh sebab aku melayu, Maniam india dan Ah Chong cina. aku tak mahu gaduh sebab aku Islam, Maniam Hindu dan Ah Chong Buddha.
" ini bukan Visoko!!!!!!! Ini Tempoyangggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
aku jerit. jerit. terus jerit. jerit terus di subuh yang mulia itu.
3 ulasan:
bestnya baca!
leka aku baca ni tadi..
kau mimpi sharifah sofia ni kan? kan?
Catat Ulasan