Kelompok manusia dibawah Haji Wan ini ada 3 puak sebenarnya. satu puak anak jati Tempoyang. mereka ini memang asal keturunan dan sejenis darah dari Haji Wan juga dan Puak ini merata duduknya di tempoyang.
puak kedua pulak dikatakan berasal dari Patani dan juga Kelantan. kebanyakan mereka ni lari menyelamatkan diri dari Siam. Siapa tak kenal dengan kegilaan tentera Siam. penentang yang ditangkap diheretnya dengan rantai besi sampai ke ibu negeri Siam. Kebanyakan daripada mereka ini rajin-rajin orangnya. suka berniaga dan pandai bercucuk tanam.
puak ketiga yang ada di Tempoyang ni ialah puak yahudi. duduknya di bawah bukit Tempoyang. puak ini dikatakan datang ke tanah melayu apabila tok kepada tok Haji Wan berniaga kapur barus, kemenyan dan juga buah pala di Yaman dan Syam sekitar 600 masihi hingga 650 masihi. Puak ini dikatakan mengikut tok kepada tok Haji Wan ini balik ke Tanah Melayu kerana dikatakan mereka ini tertindas dengan pemerintahan Rom pada masa itu.
dikatakan juga kemungkinan besar jugak tok kepada tok Haji Wan ini membawa balik sendiri agama Islam ke Nusantara . dan mungkin juga tok kepada tok Haji Wan ini pernah berurus niaga dengan Junjungan Besar Nabi Muhammad samaada di Yaman atau di Syam.
Maka tiada ditulis pula dari Bani manakah datangnya asal usul Yahudi yang menetap di bawah bukit Tempoyang itu. Namun kedatangan mereka ini pada mulanya hanya 3 keluarga dan terus berkembang sehingga 100 keluarga mengikut ceritanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan