Jumaat, 15 Januari 2010

Penang

aku sekarang kat pulau pinang.dulu-dulu negeri melayu. lepas melayu sesama melayu bergaduh maka mat salleh dapat negeri ni. kalau nak cerita sejarah panjang. pergi layan wikipedia.

aku tak tahu kenapa ada jiwa sentimental sama penang. aku dengar cerita mak dan abah aku dulu lepas kahwin berbulan madu kat sini. mungkin sebab diorang berbulan madu maka secara auto feeling keindahan pulau pinang merasuk dalam sperma tazoo bapak aku. entah laa labu.

aku kagum dengan nilai makan orang penang. malam hari dalam pukul 12 tengah malam, masih ada lagi orang makan nasik kandar. paling kagum datang makan ramai-ramai satu keluarga. jabatan kesihatan pulau pinang tak mengajar makan secara sihat ke apa?

aku rasa kehidupan orang-orang sini berada dalam kemajuan yang amat sangat. kemajuan yang amat sangat boleh dinilai dengan jadual makan yang tak menentu dan tidur tak menentu. menjelang 2020 pelajar-pelajar universiti sains malaysia yang berjumlah ribu-ribu orang akan mengidap penyakit angin/gastrik yang serius.

bayangkan pukul 12 malam bungkus nasik kandar sama roti canai. mesti diorang tahan lapar siang tadi sebab nak ikat perut. apa ingat duit pinjaman ptptn banyak sangat lebih? duit makan lagi, duit fotostat buku lagi, duit prepaid lagi, duit buku lagi, adik pinjam lagi, abang yang kerja gomen pinjam lagi, ayah yang dah pencen ambik sikit, komputer kena format lagi, dakwat printer lagi dan sebagainya.

malaysia dah maju. syukur pada tuhan.

3 ulasan:

terrarosa berkata...

tak kan Melayu hilang didunia....

masa duk blaja kat USM dulu, keh makan brekfest biskut cicah kopi 3 in 1 jer, makan malam stop setakat kul 6... kul 7? kalu tak ada kelas malam, duk dalam asrama jek !
masa duk rumah sewa pom , gitu jugak...
jadi apa masalah nyer ?

p.s walaupun masa tu ramai pelajar dah gila gan boling kat bukit Jambul dan wayang gambar larut malam ! sekali lagi... apa masalahnya ?

kayrel berkata...

encik Ammosham, saya org penang, asal usul keluarga saya dari pahang dan saya pernah study di Terengganu-UMT selama 3 tahun.

Tapi tak sangka la plak.. takkan org penang je yg suka makan tengah malam kottt???

budakpauh berkata...

ni sure tgk org beratur makan nasi kandar kat nasi kandar Beratur ni. xpun layan sup hameed kat penang road. pasembuq padang kota n gurney drive dah tutup kul 12 malam.