jika ada hari-hari yang menyedihkan didunia, maka hari semalam adalah hari yang sangat menyedihkan. pagi semalam abah aku call, katanya lin anak mak lang dah meninggal dunia kerana sakit jantung. lin meninggalkan suami dan 4 anak yang masih kecil. yang paling kecil berumur 3 bulan. mata ini berkaca. dalam jernihnya cecair itu aku terkenangkan memori kami adik beradik bersama lin semasa kecil di kondo rakyat tempoyang.
di flat tempoyang keluarga mak lang duduk di rumah yang terakhir sekali dalam flat. blok a, tingkat 4 dan rumah no 12 atau singkatannya A4-12. aku berkawan baik dengan man. seorang mamat yang melayan muzik-muzik rock yang aku tak berapa nak dengar sangat. aku dan kawan-kawan selalu melepak kat luar rumah man sebab man ada carom.
jika tidak kerana lin semalam mungkin aku lupa tentang keriangan kami semua. anak-anak penghuni flat yang sentiasa kegembiraan, diulit keseronokan, hari ini bergaduh, esok jadi kawan balik, esok bergaduh dan lusa berkawan balik. kami anak-anak marhain yang tak tahu tentang kesusahan, bermain dan terus bermain hingga lupa bahawa satu hari kami akan membesar dan menjadi penganti kepada ibu bapa kami.
flat tempoyang adalah cinta, dia juga beringin tua, dia juga mentari dan bulan, dia juga tempat burung-burung bersarang dan yang pasti flat tempoyang adalah tempat untuk anak-anak bermain riang.
Al - Fatihah
1 ulasan:
Innalillahi wa inna ilayhi raji'un
Catat Ulasan