selalu jugak gua dengar damia sebut ayat,
" tak guna! "
" tak guna! "
" TAK GUNA! "
tak puas hati dengan sesapa dia mesti sebut ayat tu. panas jugak gua kekadang. kalau orang dengar mesti diorang cakap gua tak ajar anak gua. tapi gua mengaku yang gua jarang sangat ajar anak gua. hal mengajar gua banyak serah pada bini gua. lagi pun bini gua cikgu.
kekadang gua rasa gua tak guna pun ilmu-ilmu pembangunan manusia yang gua belajar masa kat UPM. semalam gua tengok transkip akademik gua. rupanya gua pernah belajar subjek " Keluarga dan Keibubapaan" dan yang paling fakingnya gua dapat D subjek tu. cam celaka.
gua mengaku masa buat diploma dulu gua memang jarang pergi kelas. ada satu musim dekan fakulti ekologi manusia masa tu iaitu Dr. Halimah pernah tegur gua masa periksa. katanya,
" kenapa saya tak pernah tengok muka awak dalam kelas? "
gua sengih. apa gila gua nak pergi kelas dia. dalam dunia UPM masa tu kelas dia laa yang paling awal sekali. 7 pagi dah start, kalau tak percaya tanya pakcik yang bukak bilik kuliah sesi akademik Mei 1997 -1998.
ayat " tak guna" yang damia selalu guna gua dah tahu sape mengajarnya. tukang mengalih suara cerita ultraman kat astro ceria pun satu hal. mamat tu kalau raksasa tu menganas sikit dan tembak tak kena selalu sebut " tak guna! " " tak guna! "
tv dah ambik peranan untuk mendidik anak-anak kita sekarang. bersyukurlah pada tuhan.
1 ulasan:
aku setuju!
Catat Ulasan