Rabu, 6 Januari 2010

Kondo Rakyat Tempoyang - 1

masa kecik aku duduk rumah flat. flat tu 4 tingkat dan satu tingkat ada 12 rumah. dalam rumah tu ada 2 bilik tidur, satu bilik air dan satu ruang tamu. aku start duduk tempoyang pada tahun 1987 atau 1988 kalau tak silap aku. keluarga aku merupakan keluarga perintis yang duduk blok A flat tempoyang.

orang yang duduk flat tu bukan jenis orang kaya. kerani pejabat, polis atau askar pangkat rendah, askar pencen yang bawak teksi, drebar telekom, orang kerja sendiri, tukang kebun, jaga dan sewaktu dengannya merupakan penduduk yang menghiasi suka duka kehidupan flat tempoyang.

ruang-ruang koridor luar merupakan taman permainan bagi kami. aku dan adik-adik aku belajar berlari di ruang koridor itu. kami bebas berlari mengelilingi tingkat flat sebanyak mana yang kami mahu. jika mahu melihat pemandangan kami akan ke tingkat 4. yang berani naik tangki air.

bila malam hari, apabila semua sudah tidur. terdengar bunyi-bunyi unggas dari hutan yang berdekatan. sekali-sekala terdengar orang-orang tua berborak mengeluh kepanasan. keluar ke koridor tanpa baju dan bersembang dan berborak tentang kehidupan.

ada satu 'bau' tentang flat tempoyang yang membuatkan jiwa ini jadi sentimental. ada beribu 'rasa' tentang flat tempoyang yang penuh dengan buih - buih kehidupan. bait-bait indah tentang masyarakat marhain yang hidup dalam kesyukuran biar pun orang lain memandang mereka dengan rasa yang serba kurang.

bersambung

2 ulasan:

..nOj.. berkata...

hahah tempat kte membesar weh

terrarosa berkata...

keh pernah duk flat area penang dan alor star...
ada pro and con...
kalu pro bab makan - makan memang best lar, dorang rajin buat kenduri,
sembahyang terawih pun best, surau bawah rumah jer,pagi - pagi ?
memang kami bangun pagi sebelum subuh , hairan ada juga makcik2 menumis/masak dipagi hari tu...
yang kerja malam suruh buka pintu pagi - pagi pun ada , orang bagi salam rumah sebelah, kita tolong jawab pun ada keh keh keh

tapi yang tak best, kalau laki bini bergaduh ataupun 'ehem - ehem' buleh dengar lar apex.... bosan !
orang tingkat atas gaduh dengan orang bawah pun ada, yang tarik2 rambut sampai jadi kes polis pun ada... peh macam dalam TV tu...
tapi keh rasa hal ini tak terjadi di Tempoyang kan ?

oh itu tak termasuk orang bujang block sebelah duk mengacau keh sidai kain sebelah sini,
tak termasuk cerita mamat kat bawah menyanyi tak sedap dalam bilik air suaranya buleh dengar kot saluran air.. nak tengok TV pun tak leh, hak tuihhh !
tapikan mamat yang menyanyi kat tangga.....haaaa suara dia sedap !

apalagi aok cerita lah lagi... panjang pula komen keh hari ini...
keh keh keh...