Rabu, 6 Januari 2010

Damia masuk tabika

Hari pertama Damia di Tabika. Baju tak beli lagi.
Kalau tengok muka aku sendiri rasa sedih.


Pagi hari ke-2, Damia nampak ceria dengan baju barunya.
tapi lepas tu dengar cerita dia menangis kat tabika.


ahad itu hari aku hantar damia masuk tabika kemas kat belakang rumah. sekali sekala pekena cuti hantar anak masuk tabika cam best laa pulak. sebelum ni selalu dengar orang pejabat cuti hantar anak masuk sekolah. sekarang masuk giliran aku pulak.

hantar anak pergi sekolah feeling dia lain sebenarnya. seronok, berdebar-debar sikit pun ada, nak ketawa pun ada, suka pun ada dan kesian pun ada jugak sikit-sikit. aku tahu anak aku damia dia punya perasaan pergi sekolah tak ada lagi sebenarnya. bukan apa sebelum ni setiap kali aku lalu kawasan tadika dan tunjuk kat dia kawasan sekolah dia, dia akan paling kat tempat lain dan buat tak tahu jee. bila tanya nak sekolah ke tidak, dia cakap " tak nak! "

damia ni mewarisi semangat malas pergi tabika aku dulu-dulu. memang masa kecik aku malas banget pergi sekolah tabika. abah aku hantar aku ke sekolah tabika agama kat cameron highlands sama adik aku. disebabkan malas, benci sama ustazah, suasana penuh dengan rule dan sebagainya maka aku setiap pagi akan menangis dan mengamuk. memang aku dah punk sejak kecik aku rasa. abah aku kata aku pernah kena kurung pasal kes ni.

kekadang aku kesian sama damia. kalau ikut jiwa aku yang lembut aku tak kasi dia pergi sekolah. masuk hari ni hari ketiga, semalam sebelum tidur dia menangis dan merayu sama bini aku untuk taknak pergi sekolah. aku kesian sebenarnya. tapi disebabkan bini aku seorang guru dan keras jiwanya maka secara auto hari ni damia bangun pagi macam biasa dan pergi sekolah.

memang benar bahawa penerapan nilai-nilai positif kepada kanak-kanak perlu diterap lebih awal lagi. sistem pembelajaran yang sistematik, model yang berkesan dan sebagainya sangat penting dalam pembentukan positif kanak-kanak. tapi bagi aku kalau kanak-kanak itu dipaksa dalam sesuatu perkara mungkin satu hari kanak-kanak itu akan memiliki jiwa yang rebel, suka langgar undang-undang dan hempas pintu bilik kuat-kuat.

ini satu bende yang merugikan. sebab tu aku tak suka paksa-paksa sangat dengan budak-budak ni. kalau damia malas masuk sekolah takpelah, biar laa dia main puas-puas dulu. ini prinsip aku yang tidak disetujui oleh bini.

secara peribadi, aku rasa tak perlu untuk hantar anak ke tadika elit berbayar yang bersepah bagai cendawan sekarang. cukup untuk hantar anak ke KEMAS. kekadang aku pikir nak buat bende lagi dengan PERMATA. daripada duit membazir habis ke permata baik kerajaan memperkemaskan, memperkasakan dan memperbanyakkan KEMAS sebagai satu agensi penting pendididikan awal kanak-kanak di malaysia.

moto kemas ialah CERIA, CERDIK, CERGAS. aku tengok KEMAS Kg Sekati, Manir ni orait jugak. guru yang mengajar ni memang pandai main hati budak-budak. mungkin diorang dah pakar bab-bab budak ni. aku dengar cerita cikgu-cikgu ni pandai "handel" budak-budak menangis. dari mana datang sabor diorang?

ps : penulis merupakan lulusan Diploma Pembangunan Manusia UPM yang jarang masuk bilik kuliah. power to the people!

1 ulasan:

Jorji berkata...

hehe..nanti dah lama,dah dapat ramai kawan, dia siboookkk nak ke sekolah aje kejenya!