Isnin, 9 Ogos 2010

Hikayat Nur Tempoyang - 2

ada ceritanya tinggi pokok Tempoyang yang tak jadi ditebang dikawasan Syed Nur tingginya mengalahkan Tahan. besar batangnya bersamaan dua ratus pemeluk. ada riwayat pelayaran mengatakan dari tengah Laut China Selatan mereka dah nampak akan bayangnya.

pokok tu satu-satunya yang tinggal. Syed Nur pada mulanya sangat marah dengan Haji Wan yang jadi kepala yang memusnahkan pokok-pokok tempoyang yang lain. kata Syed Nur, Haji Wan dah berlaku kianat. orang yang kianat boleh dimusuhi.

kalau tak kerna perjanjian itu maka berperanglah manusia dan bunian. Haji Wan pada mulanya dah berpakat dengan anak raja dari Jerantut yang dikatakan memiliki panah untuk membunuh makhluk halus. mengikut ceritanya panah itu terjatuh dari ketangan anak raja dari Jerantut tu bila Dewa Sakti Kartini ditolak dari kayangan.

Selain dari anak raja Jerantut tu Haji Wan juga buat perjanjian dengan Raja Kemas, jin Islam dari Penjom. Raja Kemas berhutang budi pada Haji Wan kerana beri pengetahuan kepada bangsa mereka untuk membuat emas.

Pakatan Syed Nur bukan calang-calang jugak. Selain Naga Chini, gajah-gajah Bukit Betong dan gajah-gajah putih Belaan Megat Jalakwangsa pun turut bersetuju bersama Syed Nur. mengikut ceritanya, Megat Jalakwangsa ini berketurunan separuh manusia dan separuh dewa. Raja Jin Merapoh yang belum memeluk Islam terpaksa mengikut Megat Jalakwangsa. Kononnya kawasan merapoh tu diberikan kepada Raja jin tersebut kerana membalas jasa raja jin yang melindungi orang-orang Kelantan yang lari dari Siam.

Peperangan hampir berlaku. namun kedua-dua pihak sedar betapa buruknya perang maka menangislah iblis dan syaitan apabila perang tersebut tidak kesampaian dan diakhiri dengan perjanjian damai.

1 ulasan:

Adam Ruslan berkata...

Ada bersambung lagi?