Isnin, 13 Disember 2010

Kuala Lipis Pagi Sabtu

angin pagi bertiup perlahan, penuh kesedapan. awan putih pula merangkak perlahan-perlahan agak langit biru lambat kelihatan. matahari sikit-sikit mengeluarkan cahayanya agar pagi tu kesejukan dan keenakannya dapat dinikmati oleh manusia.

manusia puncak bukit tempoyang telah bangun. ada bangun dengan rasa kenikmatan, ada yang bangun dengan penuh semangat, ada yang bangun dengan rasa keriangan dan ada pula yang bangun dengan suara tangisan.

aku bangun dengan semangat. pagi itu bukan sebarangan pagi. pagi itu pagi sabtu. pagi segala pagi. pagi pesta untuk anak muda turun menikmati keremajaan. pagi semangat segala semangat-semangat yang ada di dunia ini.

pagi sabtu manusia berpesta. pekan sari merupakan satu himpunan manusia yang berpesta meraikan kehidupan sebenar manusia. segala ceruk rantau lipis ini bersatu dipekan sari. orang padang tengku, orang penjom, orang budu estate, orang batu kurap, orang taman rumah siti nurhaliza dan segala jenis orang semua berkumpul disitu.

aku berjalan ego. turun kebukit tanpa menggunakan sebarang brek. hidup secara DIY. dalam tangan duit rm10 digenggam setia. rm10 yang diberikan oleh mak ini umpama rm1000 zaman sekarang. penuh nilai. tambah bas tak sampai seringgit, sampai beli burger seringgit, air tebu seringgit, main game 2 ringgit, beli pop corn untuk adik seringgit dan kalau ada spek mata sedap boleh beli dengan harga rm3 ringgit.

aku menurun bukit dengan penuh angan-angan.

bersambung

1 ulasan:

Haziqah Muhamad berkata...

Bestnya kalau semua benda dijual seringgit zaman sekarang neh.