salah satu aktiviti paling tak menarik masa jadi punk kat Kuala Lumpur dulu ialah bermain snooker. aktiviti ni merupakan salah satu aktiviti sosial yang paling tak best sekali bagi aku. aktiviti no 2 yang paling tak best ialah bermain game. bende jadi tak best bila tak ada duit.
aktiviti bermain snooker biasanya berlaku di Kompleks Pertama. masa tu bas Intrakota kalau dalam KL mesti lalu Kompleks Pertama ni. untuk makluman generasi melayu baru yang berada di Tempoyang, Kompleks Pertama ni letaknya di sebelah Sogo. kalau nampak Sogo dan nampak KFC sebelahnya maka itulah Kompleks Pertama. kalau tak jumpa Kompleks Pertama aku cadangkan lepak je di KLCC. lagi pun apa barang lepak Kompleks Pertama?
maka pada satu hari dalam tahun 1998. aku, Taja(gitaris meetunclehusin), Rijal dan budak-budak punk yang lain menghabiskan banyak masa di Pertama Kompleks. oleh kerana boring main snooker maka aku blah main game bolatampar yang aku rasa ada satu-satunya kat Kompleks Pertama. selepas selesai bermain bolatampar kitaorang pun pergi makan. habis makan kitaorang pun keluar nak melepak di Central Market. jadi punk kalau tak pekena roti canai Hameed restoran macam tak sah hidup hari tu.
dalam keadaan bergurau senda, sepak menyepak dan mengenyit mata dengan awek kitaorang tiba-tiba terperasan yang kitaorang terperangkap dengan geng-geng reformasi yang sedang sibuk berdemo berjalan kearah masjid negara.
keadaan jadi bingai bila ada para penunjuk perasan menjerit perkataan
" reformasi..reformasi...reformasi.."
..betul-betul kat tepi telinga aku.
tiba-tiba aku jadi berdebar. hal ni bukan main-main. bayangkan kalau malam ni muka aku masuk tv3 pasal turut berdemo petang tu, mungkin satu Tempoyang akan melihatnya. ini merupakan satu hal yang tidak baik yang akan mencacatkan usaha aku untuk menjadi pengerusi JKKK Tempoyang pada satu hari nanti. tapi aku pikir tv3 pun tak berani nak datang masa reformasi time-time gini.
lepas penat menjerit reformasi, maka adalah 2-3 kumpulan hamba Allah berselawat keatas nabi.suasana menjadi seperti kumpulan nasyid yang sedang menyambut Maal Hijrah atau Maulul nabi kat kampung. disebabkan dah lama tak selawat ramai-ramai maka aku pun turut berselawat bersama-sama dengan kumpulan reformasi ni.
tiba-tiba datang seorang pakcik separuh umur datang kat kitaorang sambil berkata-kata kat kitaorang,
" teruskan nak, teruskan nak...teruskan perjuangan..teruskan berselawat..."
masa tu aku berselawat punyalah kuat. makin bersemangat. umpama penyokong Kelantan yang mendapat gol.
sambil berselawat aku geleng-geleng kepala sambil beristifar panjang dan melihat diri aku yang berseluar pendek, ada gelang kat kaki dan memakai baju DOOM - LOST THE FIGHT. dalam pikiran aku reformasi tak mengira paras rupa, jantina dan keinginan seksual.
sampai jalan masuk ke central market, kitaorang belok kiri dan terus melepak di hameed restoran sambil gelak-gelak cerita hal tadi. insaf nak sembahyang tak ada sebab kitaorang terus melepak di situ hingga ke malam hari.
1 ulasan:
hahahaha...citer ni buatkan aku tringat time skolah dlu..
Catat Ulasan