Ahad, 26 September 2010

wisdom tooth

bunyinya macam ada unsur-unsur keintelektulan. bagi orang yang tak pandai english macam aku bunyinya macam ada unsur-unsur sekular barat.

pagi tadi aku dah pergi klinik pergigian besar Jalan Air Jernih Kuala Terengganu. kali terakhir aku pergi klinik ni adalah dalam 5 tahun lepas. bab-bab kesihatan, aku memang takleh lari sama klinik atau hospital kerajaan. bagi aku Kementerian Kesihatan Malaysia dah capai satu tahap profesional yang boleh dibanggakan.

kesihatan bila ia diswastakan atau di koporatkan akan menimbul bencana kepada golongan-golongan marhain dan masyarakat bawahan. sebab itu aku menentang jika ada mana-mana pihak yang cuma untuk menswastakan kesihatan dan isu kesihatanlah yang menyebabkan aku tak percaya pada anarki.

berbalik pada hal gigi ni aku dah berada kat klinik ni jam 7.45 pagi. masa tu ada 2-3 orang pesakit je. operasi kerajaan sekarang ni dah seawal 7.30pagi. sebenarnya aku cukup takut nak pergi klinik gigi. dari zaman Sekolah Rendah Clifford sampai sekarang aku memang tak in sama nurse gigi atau doktor gigi.

masa Sekolah Rendah Clifford dulu, klinik gigi sekolah dekat dengan bilik guru. setiap kali pergi bilik guru aku akan lalu klinik gigi tu dan setiap kali lalu hati aku mesti berdebor-debor dan tak pandang ke arah bilik tu. ngeri beb.

masa tu sorang-sorang akan dipanggil untuk periksa gigi atau tampal/cabut gigi mengikut nama. perasaan dan jiwa ni jadi berdebor bila set-set nama yang bermula dengan huruf M dah semakin slow-slow nak ke huruf N.

biasanya orang yang baru balik dari bilik gigi tu akan bawa satu kad hijau yang akan ada nama orang seterusnya. hal ni menjadikan debor tu macam debor orang nak berbini dua.

ada satu musim masa aku darjah 4 aku jadi malas nak pergi sekolah bila dapat tahu hari tu turn aku kena cheak atau cabut gigi. mak aku akan menasihatkan aku dengan kata-kata manis seperti " misi tu nak cheak jee gigi tu, tak sakit.macam kena gigit semut api jeee.." bila sebut semut api aku dah start menangis.

tadi doktor tu kata kedua-dua geraham bongsu aku ni patut kena buang. sebelum kena buang kena pergi xray dulu. aku redha je. sejak daripada itu hubungan aku dengan laman web tentang penjagaan gigi memang kacip sekarang. aku membaca dengan penuh teliti tentang bab-bab gigi dan berjanji untuk gosok gigi 3 kali sehari.

notakaki: terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana terus mengomenkan hal-hal kesihatan. liberalisasi dalam kesihatan terus bergerak sihat dengan tumbuhnya klinik gigi atau bukan gigi yang bersepah dalam negara.

2 ulasan:

terrarosa berkata...

gua pernah buang geraham bongsu dengan 'small operation'
peh siap kena jahit lagi, masalahnya sebab gigi geraham tu tumbuh baring, baring masuk semula ke rahang dalam, gusi terbelah sendiri pex.....
gua tak tahan , panas satu kepala. gua bayar jer spital swasta dalam 5 rat.
Lega.
tapi sebelum tu memang kena x - raylah.
gua harap dengan harga tersebut dapat mengurang kesakitan lu.

p.s solid juga gua_lu_gua_lu dengan sakit gigi ni.

Bijen M. berkata...

Dulu gua ada geraham bongsu.
Gua pergi check dekat klinik Cina.
Dia tengok-tengok bagi ubat suruh gua balik.
Kena cas berapa entah.
Mahal juga.
Gua tak tahan gua pergi klinik gomen.
Dia check-check lepas tu forward ke hospital besar buat minor operation.
Dia orang potong je gusi gua bagi gigi boleh lalu.
Selesai masalah.
Tapi makan masalah nak biat appointment.
Bayar seringgit.

Baru-baru ni gua pergi servis gigi dekat klinik, cuci, tampal 3 lubang dah kena cas RM 150.
Buat 15 minit je kot.