Selasa, 7 September 2010

PiPi

PP - Hilangpunca

mengikut ceritanya dalam dompet pp ada gambar aku. aku tahu pp mengambil aku sebagai idolanya. setiap bende yang aku cakap dia akan apply dalam hidupnya. aku tak tak kisah bab-bab idola ni. paling terkini aku dengar adwa anak haji idola sama aku.

adwa kalau tahu aku balik mesti dia datang umah aku. datang umah lepak lama-lama sambil cerita pasal scene internet sama games pc atau ps. tapi last sekali melepak dengan dia, hal kereta banyak dia bincang. paling steady dia kabo ke aku dia pergi kl tak sampai 2 jam.

pp dan adwa tak jauh berbeza. masa aku meningkat dewasa disamping banyak ilmu, kaset dan zine pp dan adwa budak lagi. aku pun baru tahu yang amar dan togel baru bersunat bila aku masuk U. biasalah budak-budak, mereka perlukan seorang untuk dijadikan petunjuk/role model/mentor/pemandu/cikgu dalam proses pembangunan manusia. lebih-lebih lagi jenis yang baru lepas mimpi basah.

bila dah jadi idola maka secara auto apa yang kita suruh buat mesti dikuti. sebagai contoh seperti menghantar aku balik taman lepas main bola, ambik aku untuk minum air dan ikut aku jumpa parah dan sebagainya. bab-bab parah tu nanti aku cerita. banyak melibatkan emosi orang.

sebelum aku berhijrah ke Terengganu aku ada panggil dia sama amar dan otam. masa tu aku kasi habis semua kaset-kaset dan zine-zine aku ke diaorang. the curelah, the smithslah, jesus and mary chainlah, heartattacklah, semua jenis zine hardcore, semua jenis kaset hardcore, propaghandilah, dikit baratlah, peotic ammolah dan sebagainya dengan harapan mereka dapat meneruskan gelombang pemberontakan remaja muda mudi di lipis.



akhirnya diaorang jadi artis paling 'art' sekarang ni..

notatapakkaki : kepada pp. kalau berani sila hantar sms ucap selamat hari raya kat gua.

2 ulasan:

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Kah kah kah! laju balas.

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

woi gua takde kredit nak hantar sms. gua mintak alamat rumah kedekut. dah kaya tak nak kasi kawan kawan datang rumah. macam ass!kah kah kah!

Weh gua ada lagi cerita lu pasal makwe g-shock dan makwe honda. amacam? Kah kah kah! Ke nak bawak ke meja perbincangan malam raya kita?