Jumaat, Sabtu dan Ahad merupakan hari-hari yang indah. ada satu ciuman tentang Central Market bila masuk hari-hari tersebut. ada satu perasaan dan bauan yang tidak mungkin ada di tempat lain.
perasaan dan bauan itu melahirkan satu suasana indah yang tidak boleh dirakamkan dan diletakkan didalam youtube.
lewat 90an pasar seni ni senadi dengan gerak dan jantungku. setiap jumaat atau sabtu atau ahad bau tapak kakiku akan ku tinggalkan disini.
pasar seni itu kurasa ada hantunya. kurasa seninya sangat true. pasar seni itu betul-betul art. seni dan idelisme berkumpul disini. aku pikir pemberontakan dan revolusi juga bermula disini. ada gossip menceritakan bahawa geng-geng Al-Maunah juga pernah berborak-borak disini sebelum pergi belajar silat. entah benar atau tidak.
Pasar seni merupakan satu tempat lepak mat-minah rebel sejati. melepak di air pancut KLCC tak begitu rebel. mat-mat rebel yang melepak di bawah KLCC telah ditipu oleh penguasa. mereka jadi penyembah berhala kapitalisme yang sedang merobek jiwa.
entah berapa juta petemuan insan-insan yang telah pasar seni ni saksikan. pasar seni adalah rumah pertemuan. dari zaman surat posmen ke zaman irc dan seterusnya kezaman ym dan pintu pasar seni terus menjadi pintu saksi kepada penemuan 'bende' yang bernama manusia.
Kuala Lumpur tanpa pasar seni akan mati.
1 ulasan:
cm best!
dulu lps je habis waktu sekolah mesti datang cm.. lepak2 jap kat kedai printing t-shirt abg janggut!
heheheee...
naik bas depan shakeys pizza jer. lalalaa.
makan kat roof top tu heaven. berpeluh sampai basah uniform sekolah pon tak ape.
kalau ada duit lebih, MCD jadi sasaran.
tusyen lak kat Kasturi.. hahahaa... bestnye zaman tu!! sangat rinduuuuuu :)
Catat Ulasan