pada pandangan aku yang serong ni. hubungan aku dengan dunia sajak dan puisi adalah kerana seorang cikgu. nama dia cikgu Salmiah Hassan. cikgu bahasa melayu aku semasa di mrsm. walaupun budak sains tapi hubungan dengan hal-hal puisi, sajak, syair dan buku malim demang menjadi pujaan hati.
ini semua kerana seorang guru. cikgu salmiah telah meng'in'kan aku dengan satu bidang 'art' yang telah menarik minat aku terhadap dunia sastera melalui penyampaian dan pengajaran beliau yang menarik.
'membaca' sajak merupakan satu bende yang susah sebenarnya. kita akan rasa ada sesuatu yang istimewa bila kita membaca sajak tersebut. cikgu salmiah ada ajar aku kalau kita nak baca sajak kita mula-mula kena baca semua sajak tersebut, lepas tu baca ikut satu-satu baris dan seterusnya cuba kaji perkataan yang digunakan dalam sajak tersebut. nanti aku akan tanya bini aku yang jadi cikgu bahasa melayu sekarang. aku hairan macam mana orang belajar PJ boleh gajar BM?
dalam penulisan moden sajak hari ni nama rahimin idris memang tengah ni. ada sesuatu yang mengegarkan jiwa bila membaca sajak-sajak daripada rahimin idris seperti " kalau kita menjadi kayu" sama " kalau bapak mahu bermain api". perasaan ini sungguh berlainan bila membaca himpunan puisi/sajak pendek dalam blog www.puisipendek.blogspot.com yang bagi aku hanya menulis kerana mahu jadi penyajak dan mahu jadi penyajak tapi tidak berilmu. bak kata orang amerika, " i tak ada perasaan langsung kat sajak u". aku harap rahimin idris perlu ajar diaorang.
namun yang demikian mereka semua penulis dalam blog tu boleh pergi jauh sebenarnya. jika mereka diberikan idealisme yang betul, sajak-sajak mereka mungkin akan memberi perasaan kepada orang lain.
ambik contoh rahimin idris, sajak-sajak beliau boleh aku tafsirkan sebagai sebuah sajak yang into nilai-nilai yang bersemangat kebangsaan dan memberi kritikan-kritikan kepada masyarakat sosial dan politik. aziz deraman pulak into ketuhanan. masuri SN dan Usman Awang misalnya, baca sajak mereka dan kita melihat rakan semaktab ini memiliki idealisme yang sesuai dengan zaman mereka. pyan habib? sajak metropolitan barang kali.
aku pikir penulis-penulis sajak moden perlu lebih rebel, penggunaan kata-kata yang vokalnya menyakitkan hati dan yang penting berdiri sendiri. ini pada pandangan aku yang serong.
to be or not to be - dari hamlet aku rasa
notakaki: aku pembaca sajak bukan penulis sajak. ianya sama dengan aku penghuni flat tapi aku bukan buat rumah flat.
7 ulasan:
keh.
ada benarnya.
kayuh pelan-pelan orang kata.
-sadis
Sekarang dah jadi trend.
Bila scene up, orang pun ramai nak up.
i suke 'angan-angan dengan gurindam' by Omar Mustafa
:)
setuju dengan bijen.
haha.
peh, kalau gua top macam Robert Frost nanti, gua nak petik nama lu jadi tajuk sajak gua pek..
hurm.masalahnya gua tulis dalam bahasa inggeris kat puisipendek.tapi takpa, lu komen la gua punya sajak.gua silent reader je kat blog ni.gua pun tgh korek2 posting lama2 lu.baru kat sept 2008
Tapi idea puisi pendek tu kira bagus la jugak.Tempat eksperimen sedikit sebanyak untuk yang kurang ilmu cari ilmu juga untuk menulis dengan lebih baik di masa depan.Tak gitu.
Catat Ulasan