aku baca tulisan pp. marah nampaknya. alasan yang dia beri aku dah biasa dengar. mungkin dia baca heartattack zine masa kecik-kecik dulu. try tanya semua yang 'jual' diri mereka kepada sistem (oh..itu termasuk aku) dan korang akan menemui jawapan yang sama.
cuba tanya jonny rotten. cuba tanya Iac mackaye. cuba try tanya offsprings. cuba tanya Tang. cuba tanya greenday.
kalau malas tanya diaorang cuba tanya lebai google sama abang yahoo.
pp adalah seorang penulis yang sangat baik. sebelum menulis blog pp menulis zine hilangpunca dan aku memang seronok membacanya. tulisannya bersahaja, nampak tenang, lucu tapi penuh dengan pemberontakan. itu pp.
bila pp kata dia quit hardcore sama punk rock, tiada siapa yang peduli. aku tak peduli. apa masa dia masa hardcore sama punk dulu ada ke dia isi borang masuk ahli macam persatuan belia 4B?
ini bukan tentang dengki, iri hati, busuk hati atau "we hate it when our friends become successful" oh tidak. tidak. tidak. ini tentang persahabatan. ini bukan tentang siapa lebih art daripada siapa. tidak. tidak. tidak dan aku bukan roketman.
apabila kacip dijual rm20 dan diuruskan oleh satu sindiket art aku merasa sangat marah. beb, siapa tak marah apabila satu buku nipis dijual dengan harga yang tidak sepatutnya. harga kacip dah kira macam harga LO untuk pejabat kerajaan. siapa peduli tentang masalah lu orang dengan pencetakan. lu orang nak jual buku ke nak jual art?
aku macam bersetuju dengan komen mamat or minah 'six' dalam komen nombor 30 hilang punca yang berbunyi.
" aku rasa sejak ko masuk sindiket soljah, blog ko dah kurang bisa. sindiket soljah pun baru 'faymes' lepas ko masuk. u're being used i think."
siapa yang perlu jawab tentang hal ni. pp terpaksa menjawabnya sebab mungkin kerana tekanan perasaan. siapa tak tertekan bila hasil art dia dikritik kerana harga bukan kerana seni penulisannya. jika hasil penulisan dikritik itu merupakan satu kebanggaan.
tapi bila hal buku kacip di kritik kerana harganya yang tak munasabah perkara ini bukan sahaja mengecewakan diri sendiri tapi sahabat-sahabat dan juga pembaca-pembaca hilangpunca yang dari dulu mengikutinya.
itu belum kira lagi hati dan perasaan orang tempoyang.
notakaki : penulis bukan seorang melayu tipikal yang dengki dan iri hati diatas kejayaan melayu-melayu lain. penulis tak pernah terasa terpinggir bila siti nurhaliza, m.nasir dan pyan habib kaya dengan art masing-masing. art tu macam jual burger.
7 ulasan:
bab2 pun ni gua tak campur. gua layan ramlah ram je..
ah biar satu Dunia tahu...(macam lah ramai sangat yg baca blog aok ni pek... kikikikiii)
keh kenal pipi melalui 'link ' yang ada dekat blog Sindiket Soljah.
kawan - kawan keh , rata - rata cikgu sekolah dan ahli farmasi dan skema maut dan tak ada blog pulak kenal pipi melalui KACIP (berapa banyak keh beli Kacip, itu rahsia antara Soljah dengan keh ,
tapi kalu ada siapa nak beli Kacip lagi, hah keh ada lebih sebijik, harga buleh runding...)
sori pek iklan sekejap .
jadi pipi dulu femes ke ? femes dari aok ? maknanya pipi femes dari aok dari dulu sampai sekarang ke pek ?
rilek pek rileks...
tahun ni beraya kat mana ?
jemputlah ke Kg Pasir Pekan
ngeeee....
apek, gua pun ada buat entri 'kacip' tu, tapi bukan untuk balas kritikan lu ni, atau sokong entri pipi. sekadar luahan peribadi pembikin buku d.i.y yang kecundang. kahkahkah
Faking... kalau malam raya lu tak balik, lu poser!
Kahkahkah
Balik apek jangan tak balik..!!
Assalamualaikum..
Gua walaupun tak pernah komen blog ni.. gua rasa terpanggil..
Bagi gua jual buku ni macam jual tanah..
Ada orang sanggup beli mahal tanah bukan setakat tanah tu ada sawit dan lot pertama tepi jalan utama bentong-raub, tapi untuk kepuasan ada tanah yang subur, luas dan berbaloi menghabiskan masa "mengerjakan"nya..
Walaupun koi tak beli buku PP ari tu, koi rasa harega rm20 itu memang sangat patut..koi tau kualiti PP..bukan sebab koi orang pahang macam dia..
Koi juga bukan penyokong kapitalisme, gua penyokong sistem ekonomi islam:
Psaran dibiar bebas tanpa sekatan namun mana yang halal dijauhkan dan prinsip keadilan dipertahankan..
Moga Allah memberkati perbincangan ilmiah kita semua..Ameen..
yang haram dijauhkan...silap la pulak kuikui
Catat Ulasan