scene cerita filem alih suara ni betul-betul buat hubungan keluarga aku makin erat. walaupun entah berapa juta-juta kali tengok cerita spiderman tapi menonton spiderman dengan bahasa melayu merupakan satu hal yang menyeronokan. begitu juga dengan stuart little. pandai jugak astro ni cari makan.
masa kecik-kecik dulu aku selalu pikir tentang kenapa cerita-cerita orang putih yang ada kat malaysia berbahasa orang putih. kenapa tak berbahasa melayu? aku berpikir tentang ini bila aku melihat semua cerita dalam tv thailand berbahasa siam. gusti pun bahasa siam. bahasa orang putih memang susah nak cari siaran.
adakah kerana rtm sama tv3 tak ada sen untuk upah orang? adakah kerana dasar berkaitan bahasa tidak seteguh mana? adakah kerana bahasa orang putih merupakan bahasa untuk kemajuan. bahasa untuk mencapai wawasan 2020? adakah filipina sekarang dah maju daripada malaysia?
yang paling penting sekarang ialah rancangan gusti mesti dialih bahasa kepada bahasa melayu sebab aku tengok diaorang lebih banyak bercakap dari berlawan. lagi satu orang melayu mungkin dapat menggunakan ayat-ayat yang boleh diambil dari rancangan gusti sebelum nak bertumbuk atau nak terajang orang.
1 ulasan:
Susah kot nak dubbing rancangan gusti ni. Tambah-tambah watak-watak dalam gusti ni ramai dan bertukar-tukar. Nanti mesti ada je yang terdengar suara antara-antara watak tu macam seakan-akan je.
Catat Ulasan