Jumaat, 6 November 2009

Power to the patani! Start your VCR now!

sudah tiba masanya untuk aku, kamu dan anda-anda semua untuk memberi sokongan kepada patani, sebuah negeri orang melayu yang telah menjadi jajahan siam sejak tahun 1902. gua selaku individu yang selalu mengambil pusing tentang hal-hal patani ini menyokong separuh saranan PM Najib agar kerajaan Thai dibawah Abhisit memberi autonomi di kawasan tersebut.

tapi semalam gua dengar cerita parlimen thailand tak sokong usaha nak kasi autonomi dan marah-marah dengan usaha negara jiran untuk masuk campur dalam urusan negara mereka. faking laa thailand. gua sejak dulu memang tak kacip sama negara siam ni. bab-bab merunding memang faking tak ada. autonomi pun tak kasi, apatah lagi nak kasi patani merdeka.

bagi gua perkara ni tak akan sudah sampai bila-bila. hal-hal orang mati kena tembak akan terus berlaku. selatan thai akan terus jadi duri dalam dalam negara thailand. keamanan tidak akan wujud sampai bila-bila. orang melayu islam akan terus dilenyek disana. proses mengSIAMkan orang melayu akan terus dilakukan.

sokongan dan doa aku, kamu dan anda semua bukan hanya untuk palestin. sokongan juga untuk selatan thai, untuk selatan filipina, orang-orang khasmir dan seluruh umat islam diseluruh dunia yang di tindas. bangkit! bangkit! bangkit!

BERSATULAH MELAYU PATANI!

1 ulasan:

Hashim Zabidi berkata...

Masa ambo mudo-mudo dulu, ambo suka siam termasuklah kucing siam pisang kelat siam, kasut siam, setoking siam, rokok siam dan lain-lain.

ado sore sobat ambo kata, selatan siam yg terdiri dari Patani, Narathiwat Yala dan Setol tu patut jadi sebagian Semenanjung.

Ada seore pula membantah, jauhlah kita nok menggatal ke thailand. Kalu boleh negeri siam tu biar dekat Merapoh aje.

Ambo senyum-senyum kambing aje...

Rakyat Semenanjung sudah terlalu banyak membantu thailand dari segi ekonomi, tetapi telah tersalah channel. Masya Allah...