Sabtu, 5 Februari 2011

Tahun Baru Cina Malaysia

raya cina tahun ni aku balik Lipis. keadaan Lipis tetap macam tu. bandar Lipis memang selalu kena maki dengan aku dalam hati. hati dan perasaan ni mencarut-carut bila melihat Central Point, tempat lepak sejati aku masa dulu. stesyen keretapi tetap macam tu. bandar baru Lipis laginya tak cool. aku tak tahu kenapa bandar baru Lipis kurang bermaya kalau nak dibandingkan dengan bandar baru Raub.

kat bandar baru Raub tu ada satu kedai namanya Rokiah Sate. malam raya cina itu hari kitaorang ada singgah Raub. mula-mula aku ingat nak berhenti kat Rokiah Sate ni. tapi aku tengok tak ada orang. jarang anak melayu buat kedai khas untuk sate dalam kawasan bandar baru. aku ingat next time jelah aku berhenti kat Rokiah Sate ni.

kat Tempoyang tak ada bende jugak yang berubah. cuma sebelum masuk jalan ke Tempoyang ada satu kedai. aku ingat kedai makan tapi selepas membuat kajian dan juga risikan rupanya kedai jual kereta. menjual kedai kereta di kawasan masuk jalan ke Taman Seri Tempoyang merupakan satu hal yang tidak tradisional bagi aku. apa barang dalam kampung ada kedai jual kereta? anak muda Tempoyang kena bangkit bangun membantah.

apa yang menarik tentang Lipis ialah Pasar baru Lipis. aku rasa itu yang paling cool. pasar itu benar-benar pasar 1malaysia. melayu, cina dan india berjumpa sambil borak-borak tentang keadaan hidup. melayu,cina dan india bersatu di pasar tu. orang melayu, cina dan india masing-masing cari makan kat situ. aku berdoa agar pihak kerajaan kat sana tak ada cita-cita nak buat mydin atau giant kat situ.

yang paling penting orang cina still lagi pegang ekonomi di Lipis ni. pergi bandar Lipis hari Khamis itu hari memang tak ada kedai yang bukak. orang cina pergi meraya. tapi ada jugak 2-3 kedai cina yang bukak. bapak aku kata itu cina murtad.

tahun ni nak pergi beraya kat taman pun tak ada kaki. budak-budak cina yang dulu buat padang bola sesama masa kat Flat Tempoyang dan main bola sesama entah kemana. aku ingat semangat hidup berlainan bangsa cukup in sekitar tahun 1985 sampai 1993. sekarang ni aku tengok budak-budak kurang bergaul dengan budak-budak cina sama india. entah nak jadi apa.

oi! warna darah manusia sama! oi!

1 ulasan:

Unknown berkata...

bro, itu pasal aku rasa sekolah satu aliran tu memang patut kena wat...
kalo x sampai bila2 la x bercampur..