Selasa, 23 November 2010

Trankuiliti Tempoyang



Tahun 2011 nanti, Malaysia ini akan digegarkan dengan satu band hardcore yang bisa menyengat para pemuda dan para pemudi. Muziknya pantas, temponya ada nilai-nilai harcore kontemporari dan yang paling penting liriknya bisa mengoncangkan iman para kapitalisme, sama ada kapitalis baru atau lama!

usaha kearah pembentukan Trankuiliti Tempoyang(TT) ini bermula dengan kesedaran bahawa permasalahan sosial yang melanda dunia pada hari ini adalah kerana nilai globalisasi yang di bawa oleh kapitalis yang sedang menyerang keperibadian pemuda-pemudi yang sememangnya mempunyai jatidiri yang lemah.

TT ini bukan sebagai satu wadah atau aliran atau kefahaman yang baru atau bukan satu band motivasi pagi tapi sebagai satu alternatif kepada remaja belia yang sedang mencari satu pegangan hidup yang keras, teras dan cergas!

hardcore terus sampai tua!!!!

3 ulasan:

Jarr berkata...

sham,

deme patut buat trankuiliti pantai timur la satu.buleh ambe join.dah boleh sgt dah...deme dah berkelana dari lepih,kota bharu hinggalah terengganu.

kalau transasi kan ke betul art, mmg letup tu sham.ke guane?

nanti ambe balik ganu, kita ngeteh.berani?

Gen Mayhem berkata...

lu larat lagi nak lompat hardcore lagi tak pek? haha

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

salam
layan janji rock and cool