Kenangan UPSR tiba-tiba beralun dalam kepala otak aku. anak melayu kalau tak bermemori memang bukan anak melayu. anak melayu yang true ialah anak melayu yang mempunyai banyak memori. memori pulak bukan calang-calang memori. ini memori melayu baru ala DEB.
habis UPSR kitaorang ada beberapa minggu yang banyak dihabiskan dengan bermain-main. disebabkan selalu bermain-main maka secara tak langsung pihak sekolah buat satu lawatan ke Kuantan dan Terengganu. masa tu pergi melawat belah-belah pantai merupakan satu lawatan yang sentiasa membuatkan hati ini berdebar-debar.
sebagai orang kampung yang duduk didalam hutan bukit, bayangan tentang pantai selalu bermain-main di dalam jiwa ini. tahun 1991 bila orang sebut penyu maka secara auto aku telah bayangkan besarnya penyu daripada kura-kura. ada satu kes kawan aku kata ada seekor penyu kat Terengganu besarnya macam bas pakcik mie.
bas pakcik mie merupakan satu bas lagenda dalam kuala lipis. siapa tak naik bas cik mie memang dia kodi giler. membayangkan besar penyu tu lebih kurang sama dengan bas pakcik mie membuatkan aku dan kawan-kawan membuat hipotesis bahawa nelayan-nelayan di terengganu akan jadi kaya raya kalau tangkap penyu. dipendekan cerita melawat Rantau Abang , Terengganu masa tu merupakan satu hal yang menyebabkan jiwa dan perasaan ini menjadi romantik. lebih-lebih lagi masa tu lagu kumpulan Iklim tengah naik.
bersambung ( jam dah 12 malam kalau menulis lagi apa kata mak mertua...)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan