Selasa, 22 Jun 2010

Jeman, Jeri dan Setiawangsa

1000d gua kasi jeman. katanya dia nak jadi jurugambar. gua pikir dia terpengaruh sama cerita adamaya. gua pikir cerita adamaya cerita paling tak logik langsung. bini dah betul-betul curang suami boleh rileks-rileks lagi. penulis skrip macam ni pun ada. gua pikir baik dia buat skrip drama radio.

jeman dulu sekolah agama kat padang tengku. gua pun kagum sama dengan dia. tapi hangat-hangat taik ayam. tak sampai 2 bulan sekolah padang tengku dia blah sekolah setiawangsa. sekolah setiawangsa bukannya best sangat. lawan bola sama sekolah kechau kat hulu pun lboleh kalah. penyerang paling kuat yang setiawangsa ada setakat ni padeli.

ada satu musim gua sama persekutuan jadi penyokong fanatik pasukan bolasepak setiawangsa. itupun sebab padeli main dalam team tu. ada satu musim perlawanan pp sanggup turun dari kuantan tengok padeli main bola. last-last padeli tak main. macam ass. disebabkan masa tu gua jadi cikgu sandaran sekolah orang kaya haji maka cikgu-cikgu situ pandang serong sama gua. masa tu setiwangsa tewas. gua nak jee bakar rumput kat situ tapi dihalang oleh persekutuan yang lain.

sekarang jeri adik bongsu gua sekolah situ. hari tu dia dapat vokasional kat bentong. tapi apa entah sayang tak patut sama setiawangsa maka dia tetap nak sekolah situ. gua suruh dia main bola.

masa gua sekolah setiawangsa sebulan dulu ada satu port isap rokok kat satu jambatan jalan shortcut ke batu 2. masa tu gua isap rokok sama budak tingkatan 4 dan 5. tiba-tiba boleh kantoi. cikgu displin buat siasatan macam polis siasat orang isap dadah. diaorang nak cari lagi sape budak isap rokok lagi kat situ.

cikgu displin dengar cerita budak-budak tempoyang ramai isap rokok kat situ. melalui risikan gua, nama gua dan budak-budak lain naik. gua dah cuak. reputasi mendapat UPSR 3A 1C gua akan tercemar. budak-budak sekolah rendah Penjom, Benta dan Wan Ibrahim akan pandang serong budak Clifford.

gua panik betul masa tu. 2-3 hari jugak gua tak pergi sekolah. gua terkenangkan sorang awek tingkatan satu yang gua tengah gorat ketika tu. dah lah dia anak ustaz dan kemungkinan besar ustaz tak suka memenantukan orang isap rokok. gua tak tahu kenapa macam celaka sungguh pikiran gua masa tu. kalau nama gua naik mungkin gua akan tersingkir daripada kumpulan koir yang baru sekolah tu bentuk.

sebenarnya gua selalu terpikir pasal pelempang abah gua. gua takleh bayangkan. itu yang gua takut sebenarnya. tapi gua heran kenapa jeman dan jeri dia tak ada langsung rasa takut atau respek sama abah gua. mungkin abah gua dah tua atau abah gua dah jadi seorang yang liberal.

tiba-tiba gua dapat surat tawaran belajar satu asrama penuh kat kulim. gua terus setuju tanpa berfikir panjang. lepas gua hantar buku teks kat sekolah gua dah tak pergi kelas. masa tu gua cari peta malaysia. tengok kat mana kulim. gua menyesal tak patut sebab gua tengok kulim sama kuala lipis tu jauh. melalui siasatan gua tak ada bas terus dari kuala lipis ke kulim. gua macam nak meraung.

maka selepas itu bermulalah hubungan gua dengan bas mara, jalan raub-bentong, puduraya, stesyen bas butterworth, komtar penang, nasik kandar, jambatan pulau pinang, kem polis, laksa penang, cendol kat stesyen bas kulim dan walkman sony.

bersambung

1 ulasan:

terrarosa berkata...

hehehee... walkman sony tu memang klasik, sempatlah guna 3 - 4 ketul sebelum dapat degree...
masa tu keh dengan bateri Energizer memang kacip la.

lagi satu pex, blog aok ni tak World Cup South Africa 2010 langsung...
kasi la kaler argentina sama Brazil sket :P