hari tu kecoh orang dok cerita pasal btn. kerajaan pakatan rakyat selangor sama kelantan haramkan budak-budak pejabat dia ke BTN. letih jugak aku baca paper cerita hal-hal btn. apa bende yang diorang nak takutkan sangat aku sendiri tak tahu.
entah hari apa aku ada baca dalam utusan melayu pasal seorang mamat yang menceritakan pengalaman dia pergi kursus btn. faking tul. mamat tu memang emo habis. tak pasal-pasal lepas aku baca pengalaman dia tu aku jadi emo macam lepas dengar lagu mineral ( tak pun emo lepas tengok cerita titanic)
sebenarnya pergi kursus btn ni seronok sebenarnya. sebagai seorang insan yang selalu sangat berkursus di hotel-hotel mewah seluruh malaysia, pergi pekena kursus kat btn merupakan satu pengalaman yang cukup menyeronokkan. memori dia ada la sampai 4-5 hari jugak nak hilang bila sampai rumah.
tahun lepas dalam tahun 2008 tak silap, aku dititahkan untuk pergi kursus kat btn ulu sepri, negeri sembilan. masa dapat surat arahan tu memang sumpah dia panjang giler. apa kejadahnya lepas 7 tahun kerja dengan gomen diorang suruh aku pergi kursus btn. dah laa nama tempat kursus dia ngeri giler., entah ada line telefon ke tidak.
tapi sebab pergi ramai-ramai satu opis bende yang tak sedap jadi sedap. peh, perjalanan daripada terengganu ke ulu sepri ni jauh tak patut. tapi yang fakingnya jalan menghala ke btn ulu sepri ni jalan dia emo tak patut. dah laa hari hujan, suasana berkabus dan jalan kiri kanan dipenuhi hutan dan dusun-dusun buatan manusia.
mula-mula aku cadang nak patah balik. apa kejadahnya tak jumpa tempat tu. tapi dari jauh kitaorang nampak kelibat bangunan-bangunan comel dalam hutan tebal ulu sepri. peh, cun giler tempat dia. masa tu aku terus tangkap cintan sama btn ulu sepri. cun laa berbanding btn kuala lipis yang dekat kampung aku tu. tak ada feeling langsung nak berkursus.
kitaorang kena berkursus sekali dengan budak-budak jururawat yang dah nak habis belajar dan sama cikgu-cikgu cina/india dari sekolah cina/tamil seluruh malaysia. orang berkursus ramai tak patut. disebabkan ramai daripada kitaorang ni dah otai bab-bab kursus ni maka secara auto jawatan penghulu sampai ketua kumpulan dipegang oleh kitaorang. tapi disebabkan aku tak tamak haloba dan tak kesah bab-bab kuasa ni maka jawatan ketua kumpulan aku kasi sama sorang cikgu cina ni.
aku rasa ceramah-ceramah dalam btn tak ada laa politik meraban sangat. btn ni satu agensi kerajaan dan peranan utama kerajaan ialah untuk mengekalkan kuasa pemerintah yang sedia ada. kerajaan atau badan ekskutif ni peranan dia tak lain tak bukan untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan berpandukan manifesto parti yang menang dalam pilihanraya. simple je labu. so bagi aku kalau ada ceramah sikit-sikit suruh sokong kerajaan tu biasa laaa. kalau korang taknak dengar tidur jee laaa, apa susah.
yang penting sebenarnya ialah keseronokan ketika berkursus. sekali sekali pekena tidur ramai-ramai dalam dorm sambil cerita pengalaman masa tidur asrama dulu memang best giler. tandas laa kat luar, hari tu aku buat perangai macam budak asrama. terjaga dalam kul 2pagi nak pergi tandas takut, siap gerak member sekatil pekena kencing sama-sama.
tapi yang paling best bagi aku ialah time bangun pagi. awal tak patut aku bangun, lepas tu pekena mandi air kolah ramai-ramai. peh, faking cool giler. mat rempit aku agak insaf kalau pergi kursus ni. bab makan taksoh cerita, sedap gak pekena makan ramai-ramai ni. selera dia lain macam sikit. aku tak tahu kenapa aku suka sangat makan nasik dengan kicap masa tu. macam berhantu jee hubungan aku dengan kicap.
tapi yang aku sedih ialah bila tengok cikgu-cikgu cina yang mengajar sekolah cina ni tak boleh dan lancar bercakap bahasa melayu. dalam kumpulan aku tu ada laa dalam 3 orang tak boleh cakap bahasa melayu. masa berbincang pun aku tengok diorang ni macam orang china baru masuk malaysia jee. apa kejadahnya? gagalkah cikgu bahasa melayu diorang?
tapi satu yang bagus yang boleh diambik contoh oleh cina-cina ni ialah diaorang buat bende dengan bersungguh-sungguh. bab tu aku kagum. hari last kat btn tak silap aku ada periksa. dia kasi buku pada semua untuk study. budak-budak melayu ni rileks jee tak baca buku sebab sibuk cari line telefon yang tak ada kat situ. tapi budak-budak cina yang terdiri daripada cikgu-cikgu ni berjaga sampai 3 pagi untuk study periksa btn tu. bab tu aku kagum.
tapi yang penting bila aku balik daripada kursus btn, 3 hari aku terbangun pukul 5 pagi. bangun tiba-tiba secara auto. bini pun dah kagum. tapi kejap jee laa sebab lepas tu kembali macam biasa bangun 6.30 pagi.
so aku cadang siapa yang rasa tak puas hati sama btn boleh try laa pergi dulu. rasa macam mana feeling dia. kalau boleh apply mintak kat ulu sepri. memang aku rekemen kat situ. jangan mintak nak pergi btn lipis. situ berhantu tak patut. kalau rasa tak puas hati jugak korang buat demo kasi bantah sama kerajaan.
ps : ukjk ada jugak masa tu. macam biasa aku gagal.
2 ulasan:
btn kat sekolah saya sangat horror.. waktu saya perlu hadir, ust yang berceramah telah membuatkan pelajar tak puas hati, mujur tak kena baling selipar. disebabkan mulutnya yang cabul itu, penganjur terpaksa melarikan beliau demi menyelamatkan beliau dari disoal bertubi-tubi. kitorang tak ambil pot pun dengan ceramah2 btn ni.. sesi btn adalah sesi tidur atau memekakkan telinga dengan sebarang alat tutup telinga [zaman saya tu lah]. tapi makanan memang best.
nak dapatkan line kat ulu sepri tu ko kena panjat skit bukit kat sebelah dorm tu. aku dulu kat situ gak..kena lari 2km dalam 10 minit tapi kitorang jalan lenggang kangkung jer.. bukan kena apa pun. hehe.
Catat Ulasan