Selasa, 14 Julai 2009

Universiti Pertanian Malaysia


lepas dapat pangkat 2 dalam SPM 1996 aku tak memikir hal-hal nak sambung belajar tapi hidup lebih menghala pada menjadi seorang kutu hardcore yang baik dan menjadi manusia yang sihat hidupnya seperti tidak merokok, melakukan persetubuhan haram dan tidak mengambil alkohol untuk minum malam.


masa tu hubungan aku dengan Ian Mackaye memang kamceng habis. masa tu hidup betul-betul hardcore dan aku ambik straight-edge sebagai satu panduan dan pandangan hidup aku. kalau nak ikut kecewa dengan SPM memang kecewa tapi aku pikir aku taknak salahkan diri aku pasal aku memang malas nak belajar. Imbangan duga yang aku belajar dalam Prinsip Akaun pun aku mahir betul-betul 3 hari sebelum kertas akaun SPM. Kimia jangan harap sangat sebab aku memang tak pandang langsung buku kimia masa nak ambik SPM dulu.


Impian nak masuk U memang kabur masa tu pasal aku dapat offer masuk SMK Mahmud kat Raub dalam aliran sains. Aku ada beritahu kawan-kawan yang aku nak try mintak daftar kat Clifford untuk buat sastera kalau tak dapat masuk U. Tapi aku pikir kalau masuk SMK Mahmud kat Raub best jugak pasal masa tu hubungan aku dengan KL memang kamceng. Boleh kata kalau ada Rm 50 dalam poket mesti aku turun KL. ada Rm40 pun aku berani turun...


Tengah aku bersiap-siap nak sambung form 6 tiba-tiba dapat tawaran belajar kat UPM. Universiti Pertanian Malaysia masa tu, kos Diploma Pembangunan Manusia. Kos bende entah tapi yang aku tahu mesti belajar hal-hal manusia. tapi tak pe, bersyukur pada tuhan masa tu sampai solat Jumaat pun aku ambik saf depan-depan sikit.

Maka aku terima dengan hati terbuka sambil terbayang-bayang duduk melepak kat Central Market. Aku tetap happy belajar kat UPM walaupun ramai kawan aku dapat sambung belajar kat matrik dan ada yang sebelah kaki nak pergi oversea. So aku pun berazam nak belajar rajin-rajin, pakai smart sikit dan pakai baju masuk dalam seluar selalu.

So pada hari pendaftaran aku memang smart habis dengan baju kemeja berseterika dan kasut pallas hitam. kalau tengok memang IPTman betul dan nampak macam mahasiswa pro aspirasi dan budak skema.

tapi...masa hari pendaftaran sesuatu yang berlaku pada diri aku....

apakah yang berlaku? dimanakah kejadian itu berlaku? perlakuan devian apakah yang terjadi? kenapa mesti berlaku?


bersambung....



ps: selalunya kalau tulis besambung dalam blog ni memang tak sambung-sambung laa...

5 ulasan:

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Muka bapak laa selenger. Macam Padeli...!!

iyan berkata...

hahaha...
muka nerd giler...

chec. berkata...

Sambung la wei.

Farah berkata...

waa... ade blog, x cakap. nway, penulisan en sham sgt mantap. tergugat, sihhh... he3

THECORESYSTEM berkata...

kat UPM nie ke AGAINST ALL started?