Pagi tadi kecoh. Semua duk bercerita hal tentang seorang mamat dari Pahang yang tukar bilik sebab tak tahan kena ganggu.
Masa dengar cerita tu hati aku berdebor-debor. Rasanya kalah lagi debor masa nak bersunat dulu. Ini bukan cerita main-main. Ini betul-betul kisah angker yang diceritakan dan dialami oleh seorang mamat yang aku rasa tak berbohong dan tak ada sebab untuk menipu.
Korang pernah layan filem 1408 yang dilakonkan oleh John Cusack tak? Ha..pengalaman kawan aku ini sebijik macam cerita tu.
Ceritanya begini, petang tu dia cheak in laa kat bilik 1205 ni sorang-sorang. Dia duduk dengan seorang kawan aku dari Terengganu. Biasa laa orang Terengganu bila dah kursus kat negeri sendiri perasaan sombong untuk tidur hotel memang ada. So, mamat pahang ni duduk laa sorang-sorang.
Petang tu dia tak syak apa-apa. View hotel memang lawa. bukak tingkap terus nampak pantai dan laut cina selatan. Kena pulak hotel tu ada astro, sambil tgk pantai layan astro. so petang tu dia berehat dengan penuh aman damai.
So, dah puas rehat dia sebagai orang Islam memang kena bangun untuk ambik air sembahyang. tak ada orang Islam yang tak ambik sembahyang untuk sembahyang. Kalau tak ada air jee boleh tayamum. Tapi kerajaan kat Malaysia ni cekap lagi bab-bab air so aku rasa setakat umur aku ni tak pernah lagi aku bertayamum.
So mamat ini pun pergi laa ke bilik air nak ambik air sembahyang. tiba-tiba bila dia masuk bilik air dia ternampak macam ada something kat dahi dia. dia pun pergi dekat tengok apa bende yang terconteng kat dahi dia.
dia terkejut beruk bila dia dapati yang contengan kat dahi dia tu merupakan satu ayat yang ditulis dengan arang yang berbunyi,
" nama mung gape/gapo ?"
malam tu mamat tu cerita dia tak dapat tidur dengan nyenyak. setiap kali dia nak tidur dia rasa macam ada orang nak terkam dia, macam orang hai kat dia, macam ada orang ada kat sebelah dia, ada bayangan dan sebagainya. so tak tahan sebab takleh tidur lena, keesokan harinya dia tukar bilik.
Bila aku dengar jee cerita tu, terus hati aku berdeb0r-debor giler. setiap langkah perjalanan ke hotel tersebut berjalan seiring berdua. Time kursus duduk baik-baik dalam dewan kursus dan tak ada niat langsung nak balik tengok astro kat bilik.
... dan perkara yang paling ass yang tak pernah aku buat ialah setiap 5 minit sekali aku tengok cermin takut-takut ada tulisan kat dahi. Jenis makhluk jadah bende yang main conteng-conteng kat dahi ni pun aku tak tahu. Tapi memang angker laa...
So, bila masuk bilik mana-mana sila kasi salam dan baca apa-apa ayat yang patut.
ps: Kedudukan hotel terletak di Bandaraya Kuala Terengganu. Angker memang angker.
7 ulasan:
hantu tulis tu. Letak kertas atas dada le bos.
seramm gilerr.. abess mamat tu sembhyang x?
Tunjuk je degan jari hantu, ha ha ha...
Teringat citer ustat pasal tayamum, kalo tengah hadas besar lepas tu takde air, nak sembahyang macam mana?
Ustat tu kata : berguling lah atas pasir.
Dua tahun aku percaya kata kata ustat aku tu.
weh bg tau la nm hotel tu beb...
Hmm, mat mmg menakutkanlah cerita ko nie..dulu masa kat sekolah,aku ada jugak kes kena tulis kat dahi.tapi senior conteng pakai colgate masa malam April Fool...macam lebih kurang je cerita aku dengan mamat terengganu tu kan he he.
agaknya kt k trengganu mmg byk hantu. aku dh kena pd 4 thn lepas, hotel apa, xingat dh..
Catat Ulasan