Ahad, 26 Julai 2009

Gunung Gagau, Terengganu

Sepatutnya sekarang aku berada di kaki Gunung Gagau. Tengah makan nasik ikan sardin sama telor masin. Kalau ada rezeki mungkin sekarang aku tengah makan nasik putih ikan kelah.

Cabaran Gagau 2009 ini dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu bersama-sama pejabat-pejabat gomen yang lain. Gunung Gagau ni bukan calang-calang gunung. dari Sg Cicir nak ke Kaki Gunung saja dah kena berjalan selama 6 jam. Laluan kereta memang tak ada. Tempat helikopter nak landing pun gelap gambar.

Turut join program ini ialah Kelab Kaki Redah TV3. Memang semua jenis kaki ambik gambar dan ada kamera gantung kak leher. Rasa jeles tu ada sikit-sikit.

Aku sebenarnya nak sangat naik gunung gagau tapi memikirkan keadaan badan yang tak fit, lutut dan pinggang yang cedera kes main bola 5 tahun lepas dan taknak terlepas Kisah Benar kat TV3 maka aku ambik keputusan untuk hantar para rombongan pendaki sampai ke tapak perkhemahan Sg Cicir je semalam.

Mula-mula nak tidur situ semalam tapi tiba-tiba jee ada bot nak keluar ke Pengkalan Gawi so aku ambik keputusan untuk blah awal memandangkan tuala dan berus gigi aku tak bawak. Apa kes masuk hutan pakai smart macam nak pergi kerja sedangkan orang lain semua style macam nak mendaki.

Aku blah dari situ sambil berdoa agar ikan naga melompat masuk dalam bot...

ps: tunggu seminggu 2 lagi masuk laaa hal Gagau ni dalam Berita TV3.

Tiada ulasan: