Rabu, 1 Julai 2009

Kenangan Flat Tempoyang

" Aku tengok tebu yang ane tanam kat lereng bukit tu dah berbuah, nampak macam sedap " Otok berkata-kata sambil mulut muncung ke blok B.

" Tanah yang ane tanam tu tanah kerajaan. Mana boleh suka hati tanam pokok. Ini dah salah! " Aku berkata sambil tendang pagar Blok A. Memang perangai budak flat macam tu. Tak puas hati sikit sepak pagar, tak puas hati sikit pagar di tampar. Yang tangan dia kuat sikit tampar peti surat.

Kita orang berjalan menuju pondok telefon. Kat sini ada parking untuk duduk.

" Ini operasi rahsia. Jika sesiapa bocor rahsia ni padah akibatnya. Kalau rumah aku free, memang aku tak ajak main Mario Bros " Rizal gertak sambil tangan macam pegang joystick game.

" Tebu ane ni kita boleh ambik. Tak salah. Lagi pun tanam atas tanah kerajaan, Pakcik Bakar mesti tak halang kita buat bende macam ni. " Zu bersuara. Lagaknya macam Robin Hood.

Semua pandang blok B. Kalau ada rezeki boleh nampak amoi pakai tuala. Biasanya rezeki tak ada petang-petang macam ni.

" Kalau kita nak ambik, kita ambik waktu siang. Kalau ambik waktu malam mencuri namanya. Kalau mencuri takleh masuk surau. " aku kasi cadangan.

Strategi diatur, peralatan dicari, operasi telah diatur, tempat makan dah ready dan semangat memang tinggi giler pasal lepas hisap rokok Dunhill.

di pendekan cerita...

" Woi!!! Mahu curi kaaaaaaaaaaaaaaaaa...." jerit ane.

Kita orang berlari dengan penuh panik sambil bawak tebu. Sebab aku kecik lagi masa tu memang aku last sekali berlari. Dah laa berlari last sekali, tebu ada dalam 2 batang aku kena bawak. Masa berlari memang tak pandang belakang dan masing-masing berlari bersungguh-sungguh macam Carl Lewis.

Masa tu dalam pikiran tempat yang dituju ialah surau sebab kitaorang pikir orang India memang takleh masuk surau.

*****

" Babi semput(nama glamer aku dulu), kalau ambik waktu malam tak kena kejar macam ni..." dia orang maki aku sambil makan tebu.

Sejak hari tu, 2 minggu kita orang tak beli rokok kat blok B.

ps: ane gelaran pada lelaki india yang tua.

3 ulasan:

Jorji berkata...

curi tebu pun nak diskusi...hehe..

Tanpa Nama berkata...

heheheh aku pn ade kenangan dikejo ane...ngan parang lg... gile punye ane

iyan berkata...

kalau kena sebat dengan tebu baru lu tau!