Rabu, 29 Julai 2009

" Hanya Hisham dan Arif saja yang tak boleh pakai pen, yang lain boleh pakai.."

Ayat ni aku ingat sampai bila-bila. Mrs Tan Choon yang kasi arahan. Masa ini aku darjah 6 Bendahara. Kesempatan nak guna pen tak ada pasal dalam banyak-banyak manusia dalam kelas 6 Bendahara aku dengan Arif saja yang tulisan paling buruk dalam kelas.

Sepanjang aku dalam kelas 4, 5 dan 6 Bendahara, harapan nak dapat nombor 10 kebawah dalam kelas memang kelam. setakat kedudukan 5 atau 10 terakhir dalam tangan. Aku bukan apa, kalau aku skor sikit dalam periksa, dapat markah sikit tinggi atau mendahului sikit daripada orang lain mesti Mrs Tan Choon syak aku bukan-bukan. Menipu laa, meniru laa, tengok kertas orang lain laa, so dalam setiap peperiksaan aku just buat ala-ala kadar jee. Aku malas nak layan sangat dengan marah cikgu cina tu. Kalau aku marah balik karang kata aku rasict laa pulak.

Sebelum masuk darjah 6, semua budak-budak kelas sibuk berangan nak pakai pen. Topik hangat masa tu tak ada hal lain melainkan hal-hal menulis dengan pen bila darjah 6 nanti. Semua berdebar-debar, sampai ada yang tak tahu nak pilih pen biru atau pen hitam bila masuk darjah 6. Aku dapat jugak call dari kawan-kawan bertanyakan tentang hal ni. Memang giler rasanya pikir tentang hal pen, sampai stress dan lepak blok B cari rokok 555.

Aku yang rock ni kekadang rasa jugak nak pelempang budak ni sekor-sekor. Daripada susah hati pikir pasal pen baik pikir hal-hal bola atau pikir hal band rock yang masuk muzik-muzik bulan ni. tak pun cerita hal perlawanan labah-labah atau yang paling panas sekali pikir pasal design mana nak pilih untuk buat kad nama. Korang pernah tak buat kad nama masa sekolah rendah dulu? Silap-silap boleh jadi usahawan muda time tu.

Walaupun aku selalu dipandang serong oleh Mrs Tan Choon tapi aku tak berdendam dengan dia. Kalau jumpa dalam LRTdan dia tak ada tempat duduk aku akan kasi dia tempat yang aku duduk tu. Aku tak ada dendam kesumat tapi diskiminasi kerana tulisan buruk dan tak boleh pakai pen memang jadi satu memori yang paling pedih sekali untuk di ingati selepas bersunat.

ps : Aku bersunat lepas darjah 5. Masuk darjah 6 cakap pun dah lain sikit. Cakap dengan perempuan pun pakai lirik lagu band rock.



NotaKaki: Kelas 4 Bendahara, SRK Clifford, Kuala Lipis, Pahang.

3 ulasan:

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Yang tengah tu cikgu mende? Cikgu Rohaya ke?

IZAMIL YUSRAIME berkata...

Awok 6 Bendahara,komeh 6 Laksamana.Masa darjoh 5 komeh 5 Bendahara tapi komeh tak ingat awok ni yang mana satu.Darjoh 6 komeh turun kelas.Antara budak 6 Bendahara yang komeh kenal dalam gambo tu Norjuhaliza,Suhana,Ong Eng Choon,Puspa,Saiful Haris,Diana,Lim Boon Leong.Betul2 nostalgia gambo ni weh.

Gen Mayhem berkata...

hahaha..isu pen kira isu penting ya masa tuh?
yg kad nama tuh memang phenomenon