" catch me if you can..."
tiba-tiba jee aku cakap ayat tu masa jogging semalam.bunyi macam riak. motivasi laa kononnya. tapi lepas berulang-ulang kali ayat tu aku ulangi dalam hati aku rasa larian aku makin laju laa pulak.
semalam baru masuk hari ke 2 aku berjogging. bangun tidur pagi ni aku rasa badan aku ringan tak patut. aku perasaan aku smart sikit hari ni. perut aku macam tak besar sangat. langkah kaki bagaikan sedang mengelecek bola. Tiba-tiba aku rasa macam umur 20 tahun pulak pagi ni.
dulu masa umur 20 tahun aku rasa aku tak bermimpi langsung nak jadi gemuk. budak-budak opis kalau aku cerita hal-hal bersukan aku macam tak percaya pulak yang aku ni pernah main bola dan sebagainya. tapi hari tu diorang macam terkejut tengok gambar aku masa muda.
tiba-tiba aku rasa macam ada satu konspirasi yang dibuat oleh orang-orang PTD dalam gomen untuk mengemukkan orang-orang kampung atau manusia yang berfikiran luar bandar untuk menjadi obesiti. Cuba korang tengok kursus-kursus yang kerajaan buat, kursus induksi umum dan kursus misalnya. buat kat hotel, lepas tu makan hotel sedap-sedap, makan sebanyak mana kau nak makan. lepas tu balik bilik tidur sedap dalam bilik aircond.
penghayatan manusia kepada konsep sukan untuk semua dalam Malaysia Cergas tak begitu mendalam lagi sebenarnya. aku pikir aku gagal dalam memberi kesan dan impak yang baik tentang Sukan untuk Semua kepada masyarakat daerah aku. tahun ni aku rasa tak ada satu pun program senamrobik atau larian ria yang pejabat aku buat. JKKK pun tak serius sangat nak buat program-program sukan kat kampung diorang. aku dengar cerita JKKK kat Korea dan Jepun sana setiap sebulan sekali kumpul masyarakat diorang dan buat program larian ria tak pun senamrobik sedikit sebanyak. tak tunggu kerajaan suruh.
sebab tu aku gemuk aku pikir. makanan pulak jangan pikir laa. boleh buat mati dibuatnya. mesyuarat sikit makan. mesyuarat sikit makan. mesyuarat pagi nasik lemak, mesyuarat tengahari lauk tengahari, mesyuarat petang mee goreng dan mesyuarat malam pun mee goreng. kalau tak makan namanya menolak rezeki. kalau tak makan dahi kena cop sombong. kalau cakap diet diorang cakap aku ikut style orang putih. kalau cakap dah makan, mesti diorang cakap, makanlah sikit.
itu mesyuarat gomen. adik aku yang kerja swasta katanya lepas mesyuarat dia makan KFC. lagi gila dan mengalakan obesiti dikalangan pekerja swasta. dah laa makan ayam saje. kalau KFC buat ayam rebus boleh aku berkira lagi nak makan.
semalam sebelum tidur aku ada janji sama diri aku yang tahun 2010 nanti aku nak jadi vegetarian. hari ni aku berhajat nak cari buku tentang hal vegetarian untuk orang muslim. Kalau tak jumpa buku tu memang kedai buku sini kodi.
notakaki: Jika aku kurus satu hari nanti dan korang tak perasan aku or tak tegur aku, aku tak marah ok...
3 ulasan:
ok keh kasi semangat lagi
RUN APEX RUN !
- adaptasi dari filem Forrest Gump
kikikiii....
You can run, but cant hide (yr perut!)
dalam filem apa tah..
(Jika aku kurus satu hari nanti dan korang tak perasan aku or tak tegur aku, aku tak marah ok...)
ceh. mula nk jual mahal la.
hehe.
Catat Ulasan