Rabu, 11 Februari 2009
luahan perasaan seorang penjaga gol awal 30an...
malam tadi semua main bola macam budak-budak tadika main bola. aku marah pada semua budak-budak bintang belia fc semalam. kritik tapi bunyinya macam marah. bintang belia fc nie merupakan salah satu pasukan yang terbaik dalam daerah kuala terengganu. terbaik sebab setakat hari ni tak pernah lagi main kat luar stadium.
main nak style liga english semua. semua nak jadi ronaldo. semua nak jadi rooney. tak ada semangat zola langsung. italian laa sikit. passing berterabur. nak pass jauh-jauh. penyerang selalu buat bola off target.
semua nak jadi penyerang. habis sape nak main bertahan. lepas naik turun laa. mentaliti nak menyerang 100%. mentaliti bertahan hancur. yang main last bek boleh ada cita-cita nak jadi robinho kat atas.
habis ingat aku ni apa? reina? bodo Lllgner? helmi eliza?
kalau diorang jadi keeper pun mesti bolos jugak laa. apa kejadahnya kalau ada 2 bek kat bawah lawan 4 orang penyerang mereka. yang lain mana? defender midfielder yang aku suruh cover bek mana? left and right bek yang tadi naik pasal tak turun-turun?
lu orang kena tengok ac milan main macam mana. diorang sedar diorang dah tua. main style smart laa sikit. tak ada stamina pass slow-slow. jangan mata keranjang. main jangan sombong. percaya kat orang sebelah.
nak menyerang tak tentu pasal. ini semua mentaliti liga english.
blah laa. lepas nie aku nak buat " persatuan membenci liga english" kat facebook.
aku nak terapkan semangat zola sama italian dalam jiwa mereka.
ps: pasal orang italy tak jajah tanah melayu dulu-dulu?
notakaki: ini bukan blog pasal bola.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
layannns bola larrr fulakkks..
itu style main mana2 pun.
bek bernafsu tinggi menyerang,tapi bila diserang balas,dah takda angin nak lari semula ke posisi bertahan.
men'dribble' sampai putus napas,bila dah sesak,baru nak pass kawan.
Malaysia!
http://haluanpalestin.haluan.org.my
BACA NI SHAM UNTUK PALESTIN
dah buat group invite gua
EPL memang tak best pun.
Overhype je.
Kalo buat facebook group tu invite aku. Muahaha
Catat Ulasan