Selasa, 17 Februari 2009

cerita lama

aku dulu satu kelas dengan siti nurhaliza. kitaorang sama usia lahir tahun 1979. arwah bapak siti satu polisi sama abah aku. sebelum siti jadi popular dia dan family duduk kat flat polisi kuala lipis dan sebelum aku popular aku duduk kat kampung tempoyang dekat rumah abang farid. rumah tempoyang aku dulu kat bawah rumah arwah ayah pakcik mie bas tempoyang.

seingat aku, aku sekelas dengan siti masa darjah 3 dan 4. aku boleh kata aku baik jugak laa dengan siti sebab kalau ada program-program polisi mesti abah aku bawak aku sekali dan kitaorang akan saling mengHAI antara satu sama lain. siti ni memang terer sukan dan kuat berlari dan aku tak pasti aku pernah tewaskan dia masa berlari 100 meter dulu. dan seingat aku kitaorang jadi baik sebab dulu sama-sama wakil sekolah pergi latihan pusat bola baling kat sekolah menengah panglima garang, budu, benta masa kitaorang darjah 6.

aku dengan siti terputus hubungan secara tak rasmi sebab lepas darjah 6 pihak polisi dengan kerjasama mara buat satu mrsm untuk anak-anak polisi dan masa tu aku jadi popular kejap pasal dari daerah lipis hanya aku 2 orang jee yang dapat masuk mrsm tue. lepas masuk mrsm kita orang dah jarang bersms.

aku teringat nak tulis pasal siti bila abah aku sms aku pasal kematian bapak siti dan akan ditanam dikubur kampung tempoyang. arwah bapak siti, pakcik din ni memang suka memancing. dulu masa kecik-kecik memang selalu nampak dia memancing kat tasik depan balai polisi takpun kat dewan majlis tu. kekadang jugak sekali sekala akan nampak dia memancing kat area tempoyang dan kekadang muncul di kolam cik apu. secara peribadi aku tak kenal sangat dengan arwah bapak siti ni. abah aku laa baik dengan arwah bapak siti ni.

keluarga diorang ni memang keluarga seni. kejayaan siti masa dia memang bintang rtm betul-betul mengubah status sosial keluarganya dan yang penting dia benar-benar mengharumkan nama kuala lipis dan aku memang tumpang bangga sekaki. cuma yang tak best siti kahwin dengan duda tak dengan jejaka manja yang ada di malaysia. ada jugak abah aku cerita pasal siti kahwin dengan datuk K tapi aku rasa tak perlu laa nak cerita dalam blog ni.

tapi yang paling aku panas sekali ialah bila aku sebut rumah aku kat lipis kat sesapa mesti dia buat lawak macam nie. and aku rasa ramai orang lipis pernah kena macam nie.

" ooo..asal lipis ke? "

" ya. rumah mak ayah kat sana.."

" saya ada sepupu/sedara/bekas makwe/kawan kat sana..."

" sapa? "

" siti nurhaliza..kenal tak?"

rasa macam nak singgung.

notakakis : Al-Fatihah untuk arwah bapak siti nurhaliza.

4 ulasan:

en_me berkata...

nostalgia kannns.. alfatihah wat arwah bapa datok siti tewww

SRI INTAN RH berkata...

Yg gempaknya bila Siti guna nama SITI utk komersial, ramai plak yg nak buh nama sebeno bila jd artis. Klu tak, sume nak buh nama glamer jek.

Takziah utk CT sekeluarga.

abdullahjones berkata...

:)

Bobo Brazil berkata...

eh, ko dulu skolah kat mrsm pdrm kulim ke??? klu camtu ko senior aku la...

ko tau siti ade sepupu yg cun gile??? hahahaha. tp dia mmg best... aku suke makan kuih dam time raya kat umah nenek siti. yang kat atas bukit blkang umah nenek aku..