Rabu, 18 Februari 2009

sajak orang hulu terengganu

kat lipis ada penyajak tak?pakcik hashim zabidi penyajak ke? setakat hari ni aku tak pernah jumpa lagi penyajak dari lipis.

tak tempat aku kerja sekarang kat daerah hulu terengganu ada seorang penyajak dan juga kaki teater yang terkenal. namanya ibrahim. ibrahim mohamed taib. kekadang orang panggil dia ibrahim hulu. ada jugak panggil dia abah. ada kawan-kawan dia yang aku kenal panggil dia ibrahin natang.

ibrahim punya style baca sajak memang syok habis. kalau pian habib dengan style dia, ibrahim dengan style bahasa hulu terengganu. serius sape yang tak pernah cakap hulu terengganu memang akan rasa pening kepala. tak paham bende.

tahun lepas aku ada buat kelas teater untuk budak belia kat daerah hulu terengganu. yang tukang ajarnya ibrahim la. sebab selain sajak dia memang kaki teater. arwah datuk razali ismail timbalan menteri pelajaran pun memang kaki teater. sama sama kaki dulu. arwah datuk razali kalau ikut asal pun dari hulu terengganu.

kekadang aku pikir kat peringkat akar umbi kena ada persatuan-persatuan teater ni. ajar budak-budak berlakon. aku dengar cerita dulu teater ni hebat sungguh. sekarang ni kalau dengar teater macam satu hiburan untuk golongan-golongan elit je. majlis kebudayaan yang ada kat daerah-daerah pun macam rumah kosong jee. bergema tapi tak ada apa-apa. ha, mana seni untuk rakyatnya?

sebab tu kot manusia zaman sekarang kurang berjiwa seni. aku agak..

tentang ibrahim aku dengar itu Sultan Terengganu minat sangat kat dia. kalau dengar dia bersajak memang ralit dan buat aku ketawa. dan dia ada blog http://keulu.blogspot.com/

sawan apa layan sajak.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku perasan satu je.....
loghat orang beloh ulu ganu ni ada sikit2 nok sama dgn loghat orang pahang.Mungkin diorang ni keturunan puok2 Mat Kilau dgn Tok Gajoh yang bersembunyi kat Ulu Ganu masa bersembunyi dari pihok Inggeris kat area Ulu Ganu satu masa dulu.Mungkin....