Jumaat, 6 Februari 2009

titik bukan noktah. blog warga emas lipisian

aku syak hubungan aku dengan pp sama dd macam direstu oleh bapak aku bila dia selalu sebut,

" anak cc cari mung tadi..."

" mung kawan dengan anak cc taman permai atas ke?"

" anak cc tu belajar sekolah sains kan? "

bapak pp memang glamer laa jugak kat tempoyang tu. orang panggil bapak dia cc. lagi pun tak ada orang dah kerja cc kat tempoyang.

tapi realitinya memang aku rasa tersinggung sikit dengan bapak pp ni. aku rasa bukan aku sorang jeee. kumprinx mesti rasa, padeli mesti rasa, amar mesti rasa dan mail pun mungkin rasa.

kalau nak pergi rumah pp perasaan mesti berdebar sikit. kalau mata kiri berkelip atau biawak melintas jalan memang aku patah balik tak pun singgah kasi hilang debar kat rumah padeli. bukan apa setiap kali aku pergi rumah dia aku rasa macam orang bersalah pulak.

aku tak tahu kenapa bapak pp macam nak marah kat aku bila aku datang rumah dia. bukan nak ajak pp isap dadah, bukan nak ajak pp beli nasik goreng tafa masa bulan puasa. jauh sekali nak ajar pp isap rokok. mungkin dia marah pasal ekzos atau hon wcl 964 aku bunyi kuat sangat. tak pun dia memang tak suka aku kawan dengan pp sama dd. entah la, sampai sekarang aku confused.

pp pun kekadang satu hal. dah tahu aku nak datang rumah keluar laa awal. standby kat luar. ini buat-buat tak kisah. rileks kat dalam. dengar lagu. gorat awek kat irc sambil makan karipap. saje jee bikin panas.

tapi itu dulu, bapak pp aku rasa dia dah kamceng dengan aku. dia pun mesti bangga sebab anak-anak dia berkawan dengan orang gomen. bapak aku dengan dia pun dah kira geng-geng pencen lepak kedai kat stesyen bas pagi-pagi sambil baca utusan melayu.

bapak pp antara orang pencen pertama yang tulis blog kat lipis yang pernah aku jumpa. dah realitinya aku memang suka baca cerita pengalaman orang dulu-dulu. so aku rekeman blog dia. dan memang aku cadang balik lipis ni aku nak pujuk bapak aku tulis blog jugak. lepas ni ramai yang akan ikut menulis. bapak kumprinx, bapak otam, bapak padeli, bapak amar, pengurus maybank lipis yang amar nak gorat anak dia, mungkin ustaz maiyudin tak pun cikgu zubir ex guru besar srk clifford dan ramai lagi. tak caya tengok laa nanti...hidup warga emas lipisian! hidup dangdut!

http://titikbukannoktah.blogspot.com/

3 ulasan:

pipiyapong berkata...

ah lu tak ada adab datang rumah orang..tau je laa..

Amaradona berkata...

gua pernah cemas nak masuk ikut tingkap.nak elak bagi salam punya hal..

Hashim Zabidi berkata...

Peluru Peluru Dari Langit:
Pakcik ni sebenarnya bukan garang sangat. Tapi ada sebab buat begitu:
1. Anak anak pakcik tu sebenarnya spt.DD, Aban termasuk PP, susah nak masuk ajar. Mereka sendiri yg kurang ajar.
2. Elemen mengajar kena secara "marah anak sindir menantu.". Charity begins at home. Kalau Pakcik tak boleh ajar anak anak pakcik cara berdepan, pakcik kena sindir mereka. Pecahbelahkan mereka dulu. Devide & rule. Nampaknya kamu semua telah mengakuinya bahawa pakcik ini agak sombong. Tidak!, salah tu.Cuba dtg. dengan approach yang betul, tentu tiada masalah yang timbul. Tiada masalah yg tidak boleh diselesaikan. Jadi sekarang Pakcik nasihat kamu semua dan kamu kena nasihat anak anak Pakcik pula.
3. Kamu semua kena ambil kursus dgn. pakcik. Modulnya adalah seperti berikut:
1. Akhlak - perilaku
2. Akal - wajib,mustahil,
harus.
3. Kenal diri - Agama.
Kalau boleh Pakcik sambung lain kali, ok!