Ahad, 15 Februari 2009

jujur

orang zaman dulu-dulu ada cerita aku dengar dari sumber mana entah selalu buat kaedah penipuan untuk cari calon menantu.

misalnya ada lelaki tu datang ke kedai dia. beli goreng pisang dalam 50sen. lelaki tu bagi seringgit dan orang kedai akan kasi baki dalam 70sen ke. kalau lelaki tu jujur dia akan pulangkan balik 20sen ke tokey kedai dan kalau lelaki tu tak jujur dia buat-buat bodo jee bila tokey kedai bagi lebih.

macam musang berjanggut laa. lebih kurang kaedah macam tu.

memang ini budaya alam melayukah? atau budaya ni satu budaya yang melayu cedok dari luar nusantara?

sejak semenjak dua ini aku banyak berfikir tentang melayu. orang melayu. raja melayu. politik melayu dan bahasa melayu.

siapa yang bergelar melayu ye? kenapa kawan aku yang jelas jawa, dalam ICnya ada tertulis melayu?

(apa kau tak baca perlembagaan persekutuan ke woi?) - hati aku berjawab.

mudah nak jadi melayu. mudah nak jadi melayu mungkin sebab melayu tu mudah lupa kot. melayu lupa sejarah sebab orang melayu sekarang tak suka sejarah. tanya budak-budak sekarang. siapa suka sejarah tu kira pelik. diorang suka sains dan matematik sebab diorang boleh cakap bahasa english. canggih kata KRU.

raja melayu toksah cerita laa. ada orang tanya aku apa yang raja melayu buat untuk orang melayu? aku jawab raja tu payung. then diorang tanya aku lagi. buat apa kalau pakai payung sedangkan orang melayu dah hanyut dengan banjir. lepas tu aku senyap.

politik melayu toksah cerita laa. macam drama. tun mahathir kata dalam satu bukunya dulu yang orang melayu ni suka berpolimik. polimik bende entah tun ni bercakap. aku rasa tun mahathir jelas melayunya sebab sekarang ni pun dia banyak berpolimik. maaf yee kawan-kawan yang puja tun mahathir.

orang melayu dah canggih. canggih beb. malam-malam pukul 11 bawak anak makan kfc tak pun mcd. bawak satu keluarga makan ramai-ramai. yeah, keluarga bahagia macam lagu band nasyid tu. habis tu macam mana anak-anak nak main bola wakil malaysia nanti. patut laa couch tak ada calon nak main bola. semua dah obes.

pak ungku kata orang melayu perlu ada dua bende yang membolehkan mereka maju. pertama pendidikan dan yang kedua makanan yang seimbang.

bab pendidikan toksah cerita. ramai dah sekarang masuk belajar jadi nurse. liberalisasi pendidikan. kat mydin, kat tesco yang jaga kaunter tu jangan buat main-main. yang berijazah bertambun tak patut, diploma toksah kira. ada sorang anak kawan yang ada ijazah maritim sibuk call aku pasal nak isi borang kerja belia kat MSN. yang paling canggih ada sorang member tu ada diploma siap kerja kat majalah kereta lagi.

ha itu belum cerita pasal koperal dan sama askar and sama ahli bomba yang ada ijazah dan diploma.

bab pendidikan dah berjaya.

bab pemakanan yang seimbang? ha korang boleh tengok diri korang sendiri. (aku selalu tengok diri aku sendiri)

sambung cerita kat atas sekali. aku agak kalau mydin, tesco terpulang lebih duit kat aku aku tak pikir yang diorang nak jadikan aku calon menantu. tapi kita perlu jujur dalam hidup kita. jika kita rasa kita benar, kita nyatakan kebenaran kita dan jika kita salah kita akui kesalahan kita.

aku rasa orang muda mahukan kebenaran dan sedikit pembelaan. mereka mungkin mahu pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan mereka tapi sejauh mana kapitalis dan kerajaan dapat sediakan?

aku percaya orang muda mahukan kerajaan selesaikan isu pengangguran yang melanda mereka dan masalah sosial yang melibatkan mereka. bak kata bob marley ,

" hangpa boleh tipu kami sekali sekala, tapi hangpa takleh nak tipu kami selalu..."

1 ulasan:

Freddie berkata...

biar aku palit komen kat sini,

pepatah orang melayu dulukala kata,"biar mati anak,jangan mati adat".

tapi orang melayu yang moden akan kata." kalau dibiarkan anak mati..siapa yang menyambung adat."

dan orang bukan melayu pulak akan kata,"biarkan anak mati dan adat tak perlu diwarisi.anda ikut adat kami".

dan orang2 melayu yang lupa pun menurut..