Isnin, 31 Mei 2010

keluarga satu tempoyang


lepas 4 hari di pulau redang aku balik lipis. along anak pakcik baha kahwin. sejak dulu kami berjiran sebelah rumah. so kalau tak balik rasa macam si tanggang. sebenarnya kalau ikut jiwa setiap kali orang taman kahwin aku nak balik. tolong apa yang patut.

balik lipis itu hari mail sama pp ayat dia memang power. mail aku ajak karaoke masa malam kahwin tapi buat perangai ass tak datang. mungkin kena pengaruh sama amin. takpun mungkin kecewa pasal anak baha tak terima dia. takpun dia malas nak dengar aku membebel kat diaorang.

pp macam biasa. perangai rockstar. cam celaka adalah sikit2. masa telefon beria2 nak datang. lepas aku hantar sms terus senyap. perangai macam ni memang takleh pakai. kalau main bola gerenti kena pijak kaki dengan aku.

setiap keluarga dalam taman seri tempoyang ibarat keluarga. satu keluarga yang besar. ada datang dari sega, ada datang dari batu 9, ada datang dari kota bharu, ada datang dari padang tengku, ada datang dari raub, ada datang dari entah mana-mana dan duduk di taman seri tempoyang dan kami hidup dalam sebuah keluarga yang besar.

aku tak membesar sepenuhnya dalam hidup 'orang flat tempoyang'. lepas darjah 6 aku sekolah kat kulim dari tingkatan 1 sampai 5. lepas tu kat serdang 3 tahun, mengajar kejap kat orang kaya haji dan lepas tu blah ke terengganu dari tahun 2001 sampai sekarang.

kekadang aku pikir aku nak balik lipis. kerja kat sini. buat sesuatu yang mengembirakan orang tempoyang. jasa baik diaorang semua perlu dibalas. kalau nak balas dengan wang ringgit mungkin tak dapat. apa sesuatu yang mengembirakan dan membanggakan orang tempoyang yang aku boleh buat? buat blog macam pp? jadi rockstar macam mail? berlakon dalam filem hanyut ramai2?

masyarakat merupakan satu kelompok sosial yang penting. ilmu sosiologi tak akan wujud jika tiada masyarakat. menjadi manusia yang bermasyarkat merupakan satu perkara yang sangat penting daripada menjadi manusia yang individualistik.

invidualistik merupakan satu ancaman kepada jiwa manusia. percayalah kawan-kawan. menjauhkan diri daripada masyarakat tidak memberi apa-apa makna berguna kepada diri sendiri melainkan keasingan, jiwa kacau dan syak wasangka buruk. individualistik hanya melahirkan manusia yang mendengar radiohead dan menghabiskan banyak masa dengan laman web porno dan lagu-lagu gersang dari the smiths.

Tiada ulasan: